REKTOR UNISSA MENGHADIRI PERSIDANGAN DI MAKKAH AL-MUKARRAMAH

3

ARAB SAUDI. – Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal telah menghadiri “Persidangan Antarabangsa Nilai-Nilai Wasatiyyah dan Kesederhaan dalam al-Qur’an dan as-Sunnah” yang mengambil tempat di Kota Suci Makkah, Arab Saudi.
Persidangan yang dianjurkan oleh Liga Dunia Islam (MWL) di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud berlangsung selama tiga hari bermula pada 27 Mei sehingga 29 Mei 2019 di Makkah Hilton Convention Hotel.
Persidangan ini dihadiri seramai 1300 peserta terdiri daripada pemimpin-pemimpin negara, menteri, ulama, cendiawan dari 137 buah negara. Berangkat hadir merasmikan persidangan ini ialah Putera Khalid bin Faisal Al Saud, Gobenur Kota Suci Makkah dan Penasihat Penjaga Dua Masjid Suci selaku wakil peribadi KDYMM Raja Salman.
Sebanyak 27 kertas kerja dibentang dalam persidangan tersebut diakhiri dengan pengisytiharan Wathiqah (Dokumen) Makkah al-Mukarramah yang menekankan kepentingan ajaran Islam yang sederhana diarusperdanakan oleh para pendakwah Islam. Hal ini demi mengekang benih-benih keganasan dalam doktrin agama dan tindakan-tindakan keganasan yang dikaitkan dengan segelintir pemuda Islam akhir-akhir ini. Rektor UNISSA diberikan penghormatan bagi mempengerusi sesi keempat persidangan bertajuk “Memperkukuh Wasatiyyah dan Kesederhaan Dalam Komuniti Muslim”.

YM Rektor UNISSA diberikan penghormatan mempengerusikan sesi keempat persidangan
 

YM Rektor UNISSA diberikan penghormatan mempengerusikan sesi keempat persidangan

Attachment