RESOLUSI MULTAQA PENDIDIKAN BAHASA ARAB DI PERINGKAT UNIVERSITI DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

MULTAQA

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) dengan kerjasama Pertubuhan Islam Dalam Bidang Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (ISESCO) serta  Penerbitan Granada  dan Khidmat Pendidikan telah menganjurkan Multaqa Pendidikan Bahasa Arab  di peringkat Universiti di Negara Brunei Darussalam dengan tajuk “Mengaplikasi Pendekatan Sistem Pendidikan Moden Dan Penggunaan Teknologi Pengajaran: Ke Arah Peningkatan Holistik Dalam Pengajaran Bahasa Arab Bagi Bukan Penuturnya”.

Multaqa yang diadakan tiga (3) hari mulai 22 – 24 Rabiul Awal 1439H/ 11-13 Disember 2017 di Auditorium Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Bandar Seri Begawan telah selesai diungkayahkan.

Pihak ISESCO telah menghantar tiga (3) orang fasilitator: Ustaz Adel Bouraoui pakar ISESCO, Ustaz Abdurraouf Najjar, Pengarah Pusat Antarabangsa Latihan Pendidikan di Paris dan wakil organisasi Granada dan  Dr Khaled Hussein Ahmad Atrash, pengarah Institut Qased dalam bidang pengajaran bahasa Arab kepada bukan penuturnya, Jordan dan juga merupakan pakar dalam bidang pengajaran bahasa Arab kepada bukan penuturnya.

Peserta Multaqa yang ikut serta adalah seramai 41 orang yang terdiri daripada pensyarah dari Fakulti Bahasa Arab UNISSA, Pusat Bahasa, UBD, Pusat Bahasa KUPU SB,  pegawai akademik di Jabatan Pendidikan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, dan di Jabatan Pengajian Islam, KHEU serta Guru-Guru dari Sekolah-Sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam.

Di akhir Multaqa, dibentangkan resolusi hasil multaqa, antaranya: menggalakkan pelaksanaan seminar, multaqa, muktamar, yang mengambil berat isu-isu pengajaran bahasa Arab di rantau Asia Tenggara secara khas; peri pentingnya mewujudkan mimbar antarbangsa menghimpunkan segenap tenaga pengajar bahasa Arab bagi yang bukan penutut Arab, yang bertebaran di penjuru dunia. Mimbar ini bergiat menyatukan upaya dalam lapangan pengajaran Bahasa Arab bagi bukan penutur Arab.

Multaqa ini mencadangkan ISESCO akan dapat mengusahakan agar mimbar ini bernaung di bawah ISESCO. Malah ISESCO bertuah jika berjaya melahirkan mimbar agung seperti ini. Multaqa juga mencadangkan agar pelbagai kajian dan penulisan tentang realiti pengajaran bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam dapat dilakukan bagi mengenal pasti pelbagai keperluan, hajat, dan permasalahan para penuntut dan ahli akademik dalam lapangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Malah bagi membuat perancangan untuk masa hadapan.

Multaqa ini telah berjaya merealisasikan objektif pengendalian bengkel ini.

 

MULTAQA

 

Related News