RIADAH UNISSAKU CERIA 2019M

unissa ceria2

HARI/TARIKH: AHAD, 7 JAMADILAWAL 1440H, 13 JANUARI 2019M

 

TEMPAT:

SURAU AS-SHAFI’E, UNISSA

&

TAMAN REKREASI JALAN MENTERI BESAR

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (UNISSA) 2018/2019 hari ini telah mengadakan Riadah UNISSA ku Ceria 2019M.

Sebelum acara Riadah dimulakan, sembahyang Fardhu Subuh berjemaah telah diadakan di Surau Al-Shafi’i UNISSA dan diikuti dengan tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohammad Ali Taufiq bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Ugama iready.

Setelah itu, acara riadah diteruskan bertempat di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar, Berakas.

Acara tersebut didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Ahmad Shafiee Bin Aim iaitu Exco Unit Keugamaan & Kerohanian.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi pemanasan badan iaitu senam aerobic yang dikendalikan oleh Unit Sukan & Lojistik.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan merasmikan acara tersebut.

 

Sesi pemanasan badan  yang dikendalikan oleh Unit Sukan & Lojistik

 

Perasmian Riadah Unissaku Ceria telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

 

Sesi bergambar ramai bersama rektor Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

 

Pada majlis tersebut, pihak Exco Unit Kolej Kediaman Siswa & Unit Kolej Kediaman Siswi, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2018/2019 telah menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Yang Mulia Rektor UNISSA.

Kemudian acara diikuti dengan aktiviti berjalan kaki dan berbasikal beramai-ramai di Taman Rekreasi Menteri Besar Berakas dan diteruskan dengan dua aktiviti yang menarik iaitu ‘Amazing Race’ dan Riadah Santai.

 

Penyampaian cenderahati penghargaan daripada Unit Kolej Kediaman Siswa & Unit Kolej Kediaman Siswi

 

Aktiviti Berbasikal

  

Aktiviti “Amazing Race”

 

 

Adapun tujuan riadah ini diadakan untuk mengeratkan dan mengukuhkan jalinan silaturrahim di antara para mahasiswa di samping bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dengan mengamalkan senaman ringan dan melakukan aktiviti-aktiviti seperti yang telah diadakan di dalam riadah Unissaku Ceria ini.

Attachment

Related News