SAMBUTAN HARI ANTARABANGSA UNISSA KALI KE-1

antarabangsa_unissa1

HARI/TARIKH: SABTU, 14 JAMADIL AWAL 1440H/ 19HB FEBRUARI 2019

TEMPAT: AUDITORIUM UNISSA

JAM: 1:30 PETANG

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Para Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengendalikan majlis Sambutan Hari Antarabangsa UNISSA buat kali ke-1.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, REKTOR UNISSA.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Utama, Para Pensyarah, Kakitangan, Para Mahasiswa dan para Mahasiswi tahun 1, para pelajar antarabangsa.

 

Majlis Sambutan Hari Antarabangsa UNISSA Bersama  Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dr. Haji Norarfan Bin Haji Zainal, REKTOR UNISSA

 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Ahmad Shafiee Bin Aim iaitu Exco Unit Keugamaan dan Kerohanian. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Farisa Sokry, Exco Unit Hal Ehwal Antarabangsa selaku Pengerusi Majlis.

Yang Mulia Farisa Sokry iaitu Exco Unit Hal Ehwal Antarabangsa untuk memberikan ucapan alu-aluan selaku

 

Majlis diteruskan lagi dengan sesi perkongsian yang melibatkan pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di UNISSA terdiri daripada Yang Mulia Syazana binti Hussain dari negara Singapura, Yang Mulia Suleiman Ali Hamad dari negara Tanzania Yang Mulia Ahmed Mohammed Alhaj Ahmed dari Palestin. Manakala Yang Mulia Afiq Zikry Bin Zulkifli daripada negara Singapura selaku moderator bagi sesi perkongsian ini.

 

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan “Choral Speaking” daripada para mahasiswi dari Negara Thailand.

 

Persembahan “Choral Speaking” daripada para mahasiswi dari Negara Thailand.

 

Majlis penyampaian cenderahati dan sijil kepada moderator dan para ahli panel.

 

Penyampaian cenderahati dari Pengerusi Majlis iaitu Yang Mulia Yang Mulia Farisa Sokry iaitu Exco Unit Hal Ehwal Antarabangsa kepada Tetamu Kehormat Majlis.

 

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ikatan sirraturrahim di antara para warga UNISSA dengan pelajar antarabangsa terdiri daripada luar negara Malaysia, Singapura, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Palestin, Tajikstan, Dagestan dan Combodia. Majlis ini juga untuk memberi peluang kepada para mahasiswa dan para mahasiswi daripada negara antarabangsa untuk memperkenalkan keunikan bangsa, adat dan tradisi daripada negara masing-masing.

 

Majlis diakhiri sesi dengan Bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Ahmad Shafiee Bin Aim iaitu Exco Unit Keugamaan Dan Kerohanian dan sesi bergambar ramai.

 

  

 

      

Pameran pembentangan dari setiap  pelajar antarabangsa.

Attachment

Related News