SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

raya1

Dewan Auditorium, UNISSA

 

Bandar Seri Begawan, 10 Julai: Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terus diraikan dan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat di Negara ini dengan saling kunjung-mengunjungi serta maaf bermaafan disamping hidangan aneka juadah untuk dinikmati oleh para tetamu.

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga tidak ketingalan untuk mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan konsep “Open Booth” yang disediakan oleh Fakulti-Fakulti dan Pusat-Pusat di UNISSA.  Majlis ini diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA.

 

Yang Mulia Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, Rektor UNISSA telah hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis.  Hadir sama beberapa orang Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam atau wakil serta Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah Kakitangan dan Penulis Buku Cemerlang oleh Tetamu Kehormat, yang seterusnya mengunjungi setiap ‘booth’ / gerai yang disediakan.  Suasana Hari Raya dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan pertandingan dekorasi booth tercantik disamping persembahan tausyeh dari Mahasiswa UNISSA.

 

 

Majlis sambutan diadakan adalah bertujuan mempereratkan lagi hubungan silaturrahim antara para mahasiswa/mahasiswi itu sendiri dan juga dengan para pensyarah dan pegawai dan kakitangan UNISSA.  Majlis ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada pensyarah dan pelajar asing di UNISSA tentang budaya Orang Brunei di dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Rektor UNISSA mengunjungi dan bermah mesra di booth yang disediakan

 

Rektor UNISSA mengunjungi dan bermah mesra di booth yang disediakan

 

Salah seorang Ketua Perwakilan Asing yang turut hadir

ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri UNISSA

 

Rektor UNISSA menyampaikan Anugerah Kakitangan Cemerlang

kepada salah seorang kakitangan UNISSA

Attachment

Related News