SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1440H/2019M UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

1.2

Bandar Seri Begawan, 18 Jun: Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terus diraikan dan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat di negara ini dengan saling kunjung-mengunjungi serta bermaaf-maafan di samping menghidangkan para tetamu dengan pelbagai juadah.

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga tidak ketingalan untuk mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan berkonsepkan “Open Booth” yang disediakan oleh pihak Fakulti dan Pusat di UNISSA.  Majlis Sambutan Hari Raya ini diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA.

 

Majlis sambutan diadakan adalah bertujuan mempereratkan lagi hubungan silaturrahim antara para mahasiswa/mahasiswi itu sendiri dan juga dengan para pensyarah dan pegawai dan kakitangan UNISSA.  Majlis ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada pensyarah dan pelajar asing di UNISSA tentang budaya Orang Brunei di dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Yang Mulia Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, Rektor UNISSA telah hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran  beberapa orang Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam serta Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

 

Majis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah yang diketuai oleh Pengiran Mohammad Daud Bin Pengiran Matassan, Pegawai Ugama UNISSA dan seterusnya diikuti dengan kunjungan ke booth oleh Tetamu Kehormat Majlis untuk beramah mesra bersama Pegawai dan kakitangan UNISSA.  Suasana Majlis Sambutan Hari Raya dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan pertandingan dekorasi booth tercantik disamping persembahan tausyeh dari Mahasiswa UNISSA.

 

 

Tetamu kehormat Majlis menyampaikan hadiah kepada Pemenang bagi Anugerah Booth tercantik.

Salah seorang Ketua Perwakilan asing yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya UNISSA.

Attachment