SEMINAR BAHASA ARAB ASIA TENGGARA KALI KE 2

seminar bahasa arab

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Fakulti Bahasa Arab dengan kolaborasi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Acheh dan Ikatan Pengajar Bahasa Arab Se Indonesia (IMLA) telah mengadakan Seminar Bahasa Arab Asia Tenggara II pada hari Khamis, 12 Julai 2018M bersamaan dengan 28 Syawal 1439H.

Seminar ini kali pertama penganjurannya telah diadakan di Negara Brunei Darussalam pada Februari 2017.

Bagi lokasi penganjuran seminar tahun 2018 ini pula, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Acheh telah dipilih sebagai tuan rumah dengan tema seminar “Kurikulum Bahasa Arab di Asia Tenggara dari Kepelbagaian kepada Integrasi”.

Seminar yang memfokuskan kepada kurikulum Bahasa Arab ini telah berjaya menampilkan empat (4) orang pembentang kertas utama yang mengongsikan pengalaman kurikulum setiap Negara iaitu; Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Pada masa yang sama, seminar ini juga telah berjaya menarik seramai kira-kira 200 pembentang dan peserta dari pelbagai negera termasuk 29 orang dari Brunei Darussalam.

Seminar ini Alhamdulillah telah berjaya menjadi platform bagi para pembentang mengongsikan kepelbagaian kurikulum Bahasa Arab yang dipraktik di pelbagai institusi pengajian. Hasil daripada seminar, aspek persamaan dan perbezaan kurikulum Bahasa Arab telah dikenalpasti dan dapat membantu ke arah pengintegrasian kurikulum di Asia Tenggara.

Related News