UCAPAN UMUM KEWANGAN ISLAM UNISSA – STEI TAZKIA

stei zaskia

Gadong, 9hb Januari 2019 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) dengan kerjasama Sekolah Tinggi Ekonomi Islam (STEI) Tazkia, Indonesia telah mengadakan Ucapan Umum Kewangan Islam.

Hadir dalam Ucapan Umum tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, Yang Terhormat Dr Murniati Mukhlisin, Rektor STEI Tazkia.

Turut hadir mendengarkan sesi Ucapan Umum ini Yang Mulia, Bapak Arko Hananto Budiadi, Deputy Chief of Mission/Minister, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, Pemangku Timbalan Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad dan Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan FEKIm, serta pensyarah dan mahasiswa/wi tahun 4 FEKIm.

Antara objektif mengadakan Ucapan Umum tersebut ialah untuk berkongsi maklumat terkini tentang penyelidikan kewangan Islam di samping memperkasa hubungan antara kedua buah institusi setelah termeterainya penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU).

Sebanyak tiga (3) buah hasil penyelidikan telah pun dibentangkan pada majlis tersebut iaitu “Cryptography: Deciphered Security Through History” yang disampaikan oleh Dr Hakimah binti Yaacob, Ketua Program Pengajian Lepas Ijazah, FEKIm, UNISSA. Manakala penyelidikan bertajuk “Conversion From Saving and Loan Cooperative to Shariah Saving And Financing Cooperative” telah disampaikan oleh Dr Mukhamad Yasid, Direktur Pasca Sarjana STEI Tazkia, dan “Developing Value Based Services For Indonesian Micro-Takaful” disampaikan oleh Dr Achmad Firdaus, Dosen STEI Tazkia.

 

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan Yang Terhormat Dr Murniati Mukhlisin, Rektor STEI Tazkia dalam sesi Ucapan Umum Kewangan Islam

Related News