UNISSA GOT TALENT 2018

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pelajar yang mengikuti bengkel kokurikulum dalam tempoh satu semester. Selain itu juga program ini bertujuan untuk  melahirkan mahasiswa/I yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta mempunyai keberanian untuk tampil dengan orang ramai. Dengan adanya pendedahan ini dapat membina keyakinan mahasiswa/i untuk terus bersemangat menjalani kursus kokurikulum yang diikuti dan menguasai ilmu yang diperoleh.

 

Pertandingan yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah

  • Pertandingan Tausyeh
  • Pertandingan Hafazan
  • Pertandingan Tarannum al-Quran
  • Pertandingan Pengucapan Umum
  • Pertandingan Foto Terbaik
  • Pertandingan Video Terbik
  • Pertandingan Bebas “Show Your Talent!”

 

SYARAT PENYERTAAN BAGI PERTANDINGAN TAUSYEH, HAFAZAN, TARANNUM AL-QUR’AN DAN PENGUCAPAN UMUM

Syarat penyertaan pertandingan ini adalah seperti berikut :

  • Setiap Pertandingan hanya dapat diwakili oleh pelajar yang mengikuti bengkel yang berkenaan.
  • Seramai 4 orang/kumpulan sahaja diperlukan bagi setiap pertandingan
  • Hanya johan yang akan membuat persembahan kecuali bagi pertandingan hafazan hanya diberikan hadiah.
  • Pendaftaran bagi pertandingan adalah melalui pembengkel masing-masing.

 

SYARAT PENYERTAAN BAGI FOTO TERBAIK & VIDEO TERBAIK

  • Pendaftaran bagi pertandingan adalah melalui pembengkel masing-masing.
  • Tarikh menghantar foto yang telah dicetak & video terbaik (menggunakan pendrive) adalah pada Hari Isnin 29 Oktober, 2018 jam 3:00 petang.
  • Tema bagi Foto dan Video adalah “UNISSAku Ceria”
  • Keputusan akan diumumkan semasa hari kemuncak pada 31 Oktober 2018.

 

 

 

 

SYARAT PENYERTAAN BAGI PERTANDINGAN BEBAS ‘SHOW YOUR TALENT’

 

  • Penyertaan adalah TERHAD dan dibukakan kepada semua pelajar UNISSA sahaja.
  • Bentuk persembahan hendaklah berlainan dari pertandingan yang sedia ada.
  • Setiap penyertaan akan ditapis dulu oleh urusetia
  • Bagi pelajar yang berminat sila isi borang ini tinyurl.com/UGT2018 tidak lewat daripada 27 Oktober 2018

 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Dr Hjh Ummi +6738664401