UNISSA ADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LUAR NEGARA

Lawatan ke Quang Trung Software City

22-29 Disember 2019, Vietnam – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Vietnam, Saigon dan Ben Tre.

Program Lawatan Sambil Belajar ke Luar Negara merupakan program tahunan FEKIm UNISSA. Ini merupakan kali ke-3 ia diadakan, iaitu ke Kuala Lumpur Malaysia pada tahun 2016, dan ke Jakarta Indonesia pada tahun 2018.

Pada tahun ini, program tersebut telah mendapat sokongan dari LiveWIRE Brunei. Seramai 10 orang telah menyertai lawatan yang terdiri daripada 3 orang penysarah dan 4 orang pelajar FEKIm. Menyertai rombongan UNISSA ialah 3 orang peserta dari LiveWIRE Brunei, iaitu Yang Mulia Pengiran Redzuan bin Pengiran Haji Abbas, Pengarah Program LiveWIRE Brunei, Yang Mulia Mohammad Fadhilullah Tudun bin Haji Hassan, Kaunselor Kanan Perniagaan LiveWIRE Brunei, dan Yang Mulia Johari bin Ibrahim, Pengurus JOCON Contractor yang merupakan anak didik LiveWIRE Brunei yang mana telah berjaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Rombongan lawatan telah diketuai oleh Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan FEKIm.

Tema lawatan sambil belajar ke luar negara pada tahun ini ialah “Eksplorasi Business Startup”. Vietnam telah dipilih sebagai lokasi strategik lawatan kerana negara tersebut telah dinobatkan sebagai salah sebuah hub terbaik di dunia dalam bidang business startup. Sehubungan itu, matlamat utama lawatan ini ialah untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai praktik perniagaan yang dapat dikembangkan dalam kurikulum pengajian di FEKIm di samping melihat peluang kerjasama antara FEKIm dengan beberapa buah universiti dan industri di Vietnam, khasnya dalam pengembangan Program Pengajian ke Seberang Laut (Study Abroad Programme), Program Pertukaran Pelajar (Students Exchange Programme), dan Program Latihan Industri Seberang Laut (Overseas Attachment and Internship Programme).

Di Saigon, lawatan telah diadakan ke Quang Trung Software City (QTSC), Information Technology Park (ITP), Van Lang University, dan University of Economics and Finance (UEF). Di Ben Tre, lawatan telah diadakan ke Mekong Software and Innovation Technology Park, dan University of Tien Gian. Selain daripada aktiviti lawatan, rombongan UNISSA juga telah menghadiri sesi ceramah business startup yang disampaikan oleh 5 orang pembentang iaitu Dr Huynh Nhut Nghia “Vietnam Startup Landscape”, Will Frith “Speciality Coffee in Vietnam: Saigon and Dalat”, Phan Vu Giap “Beehexa: Connecting Applications and Automating Business Operation”, Pengiran Redzuan bin Pengiran Haji Abbas “Accelerating Ideas: All about LiveWIRE Brunei”, dan Johari bin Ibrahim “Entrepreneurship Talk: JOCON Contractor”.

Selain itu juga, rombongan lawatan telah berkesempatan untuk melihat sendiri bagaimana perniagaan dijalankan di beberapa buah perusahaan, seperti perusahaan madu lebah, dodol daripada santan kelapa, Paper Rice, pertukangan tangan barang anyaman daripada daun jerami, industri pembuatan bata, dan perniagaan penduduk tempatan di China Town dan Ben Than Market.

Program Lawatan Sambil Belajar ke Luar Negara ini akan terus menjadi platform penting dalam memperkasa program yang ditawarkan oleh FEKIm UNISSA seiring dengan keperluan negara dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

 

Lawatan ke Quang Trung Software City

 

Lawatan ke Information Technology Park

 

Lawatan ke Van Lang University

 

Lawatan ke University of Economics and Finance

 

Lawatan ke Mekong Software and Innovation Technology Park

 

Lawatan ke Tien Gian University

 

Attachment