UNISSA DAN KUPU SB PENGANJUR BERSAMA KONFERENSI ANTARABANGSA ISLAM BORNEO (KAIB XI) DI PONTIANAK, KALIMANTAN BARAT, INDONESIA

KAIB XI-1

Pontianak, Selasa, 25 Sep: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) terus komited menyemarakkan disiminasi ilmu dan mengongsikan hasil kajian di Kepulauan Borneo melalui penganjuran Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB XI) di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

 

Mengetuai rombongan UNISSA ialah Rektornya, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Dr Haji Adanan bin Haji Basar, Pemabngku Ra’es KUPU SB. KAIB XI yang berlangsung pada 25 hingga 26 Sep 2018 mengetengahkan tema: “Islam Dalam Ledakan Era Digital di Borneo”.

 

KAIB merupakan persidangan tahunan yang diterajui Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dengan kerjasama UiTM Sabah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Islam Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darusssalam, Universitas Mulawarman, Samarinda, Universitas Lambung Mangkurat, Banjarmasin dan Institut Agama Islam Negeri Pontianak, Indonesia.

 

Sebanyak 109 kertas kerja termasuk lapan kertas utama dibentangkan dalam persidangan tersebut dan melibatkan institusi-institusi penganjian tinggi dari Indonesia, Brunei, Sarawak dan Sabah, Malaysia. Turut membentang selaku pembentang utama dalam persidangan ini ialah Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Haji Abdul Rahman, Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Kementerian Kemudahan Awam, Sarawak, dan Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

 

KAIB merupakan platform wacana ilmiah dalam usaha mengembangkan dan membangun penyelidikan Islam di Kepulauan Borneo. Sebelum ini, KUPU SB dan UNISSA telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran KAIB pada tahun 2012 dan 2015. Persidangan ini mendapat sambutan dari cendiakawan dan ulama rantau ini dalam usaha menggerakkan dakwah dan membongkar rahsia perkembangan dan tamadun Islam di Kepulauan Borneo.

 

Hadir bagi merasmikan persidangan ini ialah Bapak Sutarmidji, Gubernur Kalimantan Barat. Turut hadir Yang Berhormat Azhar bin Datuk Haji Matussin, Pembantu Menteri Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Malaysia dan rektor-rektor dari UiTM Sarawak, Sabah dan IAIN Pontianak.

 

Delegasi UNISSA dan KUPU SB bergambar ramai bersama Rektor UNISSA,
Pemangku Ra’es KUPU SB dan Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam

 

Attachment

Related News