UNISSA DAN PNU, THAILAND TINGKATKAN KERJASAMA PENDIDIKAN

UNISSA and PNU1

HARI/TARIKH:

Sabtu,  14 JULAI 2018M

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai 2018 –

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan daripada  pelajar Princess Of Naradhiwas University (PNU), Thailand seramai 50 orang.

 

Kunjungan ini adalah kesinambungan jalinan strategik setelah termeterai  penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNISSA dan PNU pada 28 Mac 2017 yang lalu.

 

Antara tujuan kunjungan pelajar PNU tersebut adalah untuk memberi pendedahan terhadap kursus-kursus akademik yang ditawarkan di UNISSA. Antara pengisian yang disampaikan dalam sesi taklimat tersebut ialah pembentangan daripada  pensyarah Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban dan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam.

 

Sehari sebelum kunjungan pelajar PNU ke UNISSA, Presiden PNU, Penolong Profesor Dr Rossukon Sangmanee bersama delegasi telah pun membuat perjumpaan dengan YM Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal di Pejabat Rektor.

 

Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan kerjasama strategik yang akan dilakasanakan antara ke dua universiti. UNISSA mengalu-alukan pelajar PNU untuk mengikuti kursus Bahasa Arab, Perundangan Islam, Perbankan, dan sebagainya. Begitu juga pihak PNU menawarkan sumbangan khidmat program agrikultur untuk mengembangkan lagi ruang kerjasama antara ke duanya.

Sesi Gambar Ramai Pelajar Universiti Princess of Naradhiwas (PNU), Thailand

 

Rektor UNISSA dan Presiden (PNU), Thailand

Dalam pertukaran cenderahati.

Attachment

Related News