UNISSA ERATKAN HUBUNGAN DENGAN UNIVERSITAS TRUNOJOYO MADURA, JAWA TIMUR INDONESIA

lawatan

Bandar Seri Begawan, 4 September:

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan daripada Fakultas Keislaman, Universitas Trunojoyo Madura, Jawa Timur Indonesia. Perjumpaan diadakan di bilik mesyuarat Pentadbiran UNISSA.

 

Rombongan delegasi ini dialu-alukan oleh Penolong Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad dan seterusnya memberikan taklimat tentang perkembangan UNISSA serta aktiviti-aktiviti penglibatan antarabangsa khususnya hubungan kerjasama UNISSA dengan Indonesia.

 

Rombongan daripada Trunojoyo ini diketuai oleh Dekan Fakultas Keislaman Dr Shofiyun Nahidloh dan diiringi oleh 2 orang Timbalan Dekan iaitu Bapak Dr Mohamad Ali Hisyam dan Ibu Dr Lailatul Qadariyah Hasyim.

 

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengenal lebih dekat tentang corak pendidikan di UNISSA dan juga sebagai usaha untuk mempergiat aktiviti-aktiviti akademik, khidmat masyarakat dan kemahiran kepimpinan.

 

Kunjungan ini juga adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dalam bidang Ekonomi Islam, Undang-Undang Syariah dan Penyelidikan Halal yang telah diterokai oleh UNISSA serta mengembangkan kompetensi berkomunikasi dalam bahasa Arab yang merupakan bahasa pengantar di UNISSA.

Gambar Ramai Rombongan Fakultas Keislaman, Universitas Trunojoyo Madura, Jawa Timur Indonesia bersama Penolong Rektor UNISSA dan Pegawai-Pegawai Kanan UNISSA