“UNISSA GOT TALENT”

unissa got talent1

Bandar Seri Begawan, 31 Oktober 2018: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Kokurikulum, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), petang semalam buat pertama kalinya telah menganjurkan program “UNISSA Got Talent” (UGT).

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Mulia, Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal yang seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil kepada peserta.

 

Hadir sama di majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Rektor UNISSA Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad dan Pengarah PPIB Yang Mulia Dr Adam bin Haji Jait selaku Pengerusi Majlis.

 

Seramai hampir (100) pelajar telah ikut serta dalam “UGT” tersebut dengan mempersembahkan bakat masing-masing mengikut kategori pertandingan.  Dalam pertandingan Tarannum Al-Quran berkumpulan telah dimenangi oleh “Team Qari A”, manakala juara pertandingan Tausyeh pula disandang oleh “Kumpulan al-Hijrah”. Pertandingan Hafazan pula telah dimenangi oleh  Dayang Maisaroh Milatul Mukarromah.

 

Bagi pertandingan ciptaan tayangan video terbaik dijuarai oleh kumpulan mahasiswa tahun 2 berjodol  “UNISSA ku”.  Kategori Pengucapan Umum pula telah dimenangi oleh Dayang Muslimah binti Mahadi dan juara foto terbaik ialah Awang Mohamad Afiq Hasif bin Abu Bakar. “Show your talent” pula merupakan persembahan mengikut bakat peserta telah dijuarai oleh Kumpulan Al-Haq selaku johan persembahan terbaik keseluruhan.

 

Aktiviti pada petang tersebut telah dimeriahkan lagi dengan persembahan Karate terdiri daripada mahasiswa UNISSA dan persembahan Skuad Statik dan Kadet Tentera UNISSA.

Program bercorak mencungkil bakat ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai potensi untuk menjadi wakil UNISSA di masa akan datang setelah mengikuti bengkel yang pernah dihadiri.

 

Program ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing di samping meningkatkan kemahiran diri pelajar untuk lebih berani tampil di hadapan khalayak umum.

 

Selain itu, aktiviti ini juga adalah untuk meningkatkan keupayaan mereka sebagai individu yang kompetitif, dengan potensi untuk menjadi pemimpin masyarakat di masa hadapan.

 

YM Rektor UNISSA Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal bersama Johan Keseluruhan “Kumpulan Al-Haq”

 

Persembahan Kelab Karate UNISSA

 

Persembahan Skuad Statik dan Kadet Tentera UNISSA

 

“Team Qari A” selaku Johan pertandingan Tarannum Al-Quran berkumpulan

Attachment

Related News