UNISSA HADIRI MESYUARAT KE LAPAN PERSATUAN UNIVERSITI-UNIVERSITI ISLAM ASIA (AIUA)

AIUA1

Delegasi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diketuai oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal telah menghadiri Mesyuarat Ke lapan Persatuan Universiti-Universiti Islam ASIA (AIUA) di Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia yang berlangsung selama 2 hari bermula 3-5 Julai 2018.

 

Perbincangan mesyuarat AIUA pada tahun ini berkisar mengenai penyediaan garispandu bagi tujuh (7) pelan strategik utama AIUA iaitu jaminan kualiti, penyebaran ilmu pengetahuan, penyelidikan bersama dan rakan kongsi bisnes ekonomi.

 

AIUA yang kini dianggotai oleh 63 buah universiti Islam dari rantau Asia merupakan platform institusi pengajian tinggi Islam rantau Asia dalam rangka membangun kerjasama di peringkat Asia merangkumi promosi pengajian Tinggi Islam dengan mempertingkatkan daya saing untuk menjadi lebih kompetitif di arena antarabangsa, memperkukuh kerjasama yang berdasarkan kepada perkongsian dan mempertingkatkan pengiktirafan kelayakan.

 

Persatuan itu juga berusaha untuk meningkatkan kolabarasi sesama ahli dalam pelbagai bidang seperti pertukaran pensyarah dan pelajar, mengembangkan kurikulum dan pemindahan kredit, perkongsian kemudahan, maklumat dan bahan-bahan, kerjasama dalam projek penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan menganjurkan persidangan dan aktiviti peringkat global secara usahasama.

 

Mesyuarat pada tahun ini diteruskan dengan Persidangan Institusi Pengajian Islam yang dirasmikan oleh Drs. Arskal Salim, Pengarah Pendidikan Tinggi Islam yang juga Pengarah Agung Pendidikan Islam di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yogyakarta, manakala Mesyuarat Persatuan Universiti-Universiti Islam Asia Kali Ke-8 ini telah dipengerusikan oleh Profesor Drs. K. H. Yudian Wahyudi. Rektor UIN Sunan Kalijaga yang merupakan Presiden kepada AIUA.

 

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bergambar ramai bersama anggota AIUA

 

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA menghadiri AIUA

Attachment

Related News